spot_img
spot_img

SPRM terus sita akaun Bersatu

spot_img

PUTRAJAYA: Dua akaun bank milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah disita
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 April lalu, menurut kenyataan SPRM hari ini.

Tindakan itu dibuat setelah mengemukakan perintah mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001) kepada pihak bank.

Jelasnya, sebelum ini, akaun-akaun terbabit hanya dibekukan pada 12 dan 13 Januari lalu. Tanggal 11 April lalu berhubung siasatan dan pertuduhan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan AMLATFPUAA 2001, SPRM melaksanakan tindakan sitaan akaun parti itu.

- Advertisement -

Kenyataan SPRM itu susulan daripada desakan pertanyaan oleh Bersatu kenapa akaun berkenaan masih dibekukan selepas 90 hari.

Difahamkan, pembekuan akaun berkenaan dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana kerajaan RM92.5 billion, yang didakwa diseleweng oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik Covid-19.

Utusan Malaysia sebelum ini ada melaporkan, RM40 juta wang yang dibekukan di dalam dua bank parti itu hanyalah 15 peratus daripada dana di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi yang belum dibelanjakan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img