spot_img
spot_img

Pakcik tua delivery makanan

spot_img

Video seorang warga emas yang sedang melakukan penghantaran servis makanan pada bulan puasa ini telah menjadi tular dan mendapat simpati netizen.

Dalam video TikTok yang dimuat naik pada hari Jumaat (14 Apr), lelaki tua yang kelihatan bongkok itu boleh dilihat mengambil barang dari tempat pengambilan penghantaran.

Lelaki yang merakam video tersebut bertanya berkenaan khabar pakcik itu dan dia mengucapkan terima kasih serta menjelaskan dirinya sedang bekerja membuat penghantaran di kawasan yang berhampiran.

- Advertisement -

Kata pakcik itu lagi, dia telah menyelesaikan penghantaran di beberapa lokasi.

Lelaki yang merakam video itu kemudian bertanya: “Pakcik berbuka puasa di rumah?”

- Advertisement -

Pakcik itu menjawab dia akan berbuka di surau yang menyediakan makanan dan minuman.

“Selepas berbuka, saya akan meneruskan kerja semula,” kata pakcik tua itu.

Pakcik tua itu juga berkata dia tidak bercuti pada Ramadan ini, dan hanya akan berehat pada siang hari untuk menunaikan solat sahaja.

Pakcik itu kemudian perlahan-lahan berlalu pergi untuk meneruskan penghantarannya.

Video TikTok itu disertakan dengan ayat:

“Saya kasihan pakcik ini. Namun dalam masa yang sama, saya kagum dengan kesungguhannya.

Walaupun bongkok, dia tetap mengelilingi KL untuk mencari rezeki di bulan puasa ini. Semoga dipermudahkan segala urusan beliau.

Jika anda tinggal di Mont Kiara dan Sri Hartamas, anda pasti pernah melihat pakcik legenda ini.”

Rupanya sudah dua tahun pakcik tua itu membuat delivery.

Rata-rata netizen di ruangan komen meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tua itu dan mendoakan kesejahteraannya.

Ada juga yang mengucapkan selamat maju jaya dan berharap agar dia mendapat wang yang mencukupi untuk keperluannya.

Ada seorang netizen mengulas, “Dia menulis alamat pelanggannya pada sekeping kertas supaya dia mudah mengingatinya. Dia seorang yang kuat,” kata komen itu.

 

foto : screen shot video tiktok @hazwanhfiz

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img