spot_img
spot_img

Malam Lailatul Qadar bukan menunggu benda pelik

spot_img

Malam Lailatul Qadar atau 10 malam terakhir bulan Ramadhan bukanlah malam ‘menunggu perkara ajaib’ seperti yang difahami kebanyakan orang. Perkara-perkara seperti cerita dongeng ‘santa klaus‘ turun, membawa hadiah dan manusia lihat perkara ajaib melalui tingkap rumah dan sebagainya, adalah salah tanggapan.

Malam Lailatul Qadar bermula dari waktu Maghrib hingga terbitnya fajar keesokan hari.

Sesiapa yang menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan bermula pada malam ke 20 dan seterusnya, dia akan menemui malam Lailatul Qadar itu. Tidak disebut bahawa malam Lailatul Qadar akan terjadi atau syarat sah malam itu terjadi sekiranya ada perkara pelik berlaku, ia tidak tepat sekali.

- Advertisement -

Jadi apa maksud bertemu malam Lailatul Qadar ? Ia adalah malam apabila kita beribadah kepada Allah SWT, maka kita bertemu Malam Lailatul Qadar itu.

Apa maksud beribadah pada malam Lailatul Qadar pula ? Ia bermaksud ibadah itu lebih baik dari ibadah seribu bulan. Ia adalah pemberian rahmat Allah SWT kepada manusia kerana manusia mempunyai umur yang pendek, apatah lagi amal kebaikan yang kurang. Banyak masa manusia terbahagi dengan pelbagai urusan. Tetapi jika solat 2 rakaat pada malam Lailatul Qadar, ia lebih baik daripada 2 rakaat dalam seribu bulan. Jadi bayangkan jika kita mampu buat 4, 6, 8 rakaat ? Bagaimana kalau kita membaca Al Quran di malam tersebut ? Bagaimana pula jika banyak beristighfar ? Bagaimana pula kalau kita bertasbih ? Sudah tentu kita akan mendapat ganjaran yang besar. Kasih sayang Allah SWT yang mahu memberi peluang kepada kita dan menjemput umatnya ke syurga.

Sebab itu, ramai manusia mukmin cuba mengelak diri dari terlepas ibadah di malam Lailatul Qadar dengan mengurangkan aktiviti hal-hal dunia yang tidak penting.  Allah SWT menawarkan syurga kepada hamba-hambanya. Allah SWT memberi peluang pada malam 10 terakhir Ramadhan ini kepada hamba-hambanya. Kita haruslah berusaha mencari ganjaran ini.

- Advertisement -

Nabi Muhammad SAW bersabda “Sesiapa yang menghidupkan Ramadhan, dengan iman dan pengharapan pahala, maka akan diampunkan dosa-dosa terdahulunya“, hadith Riwayat Imam Albukhary.

Dr. Mohd. Asri Bin Zainul Abidin (Mufti Negeri Perlis)

 

 

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img