spot_img
spot_img

Ali Baba pecah kepada 6 kumpulan syarikat

spot_img

HONG KONG — Kumpulan e-dagang China, Alibaba Group Holding akan memecahkan kumpulan perniagaan mereka kepada enam kumpulan perniagaan. Kemudian, 5 daripada kumpulan itu akan disenaraikan untuk menerima dana awam. Ini adalah langkah terbesar untuk memperbaiki tadbir urus sejak syarikat itu ditubuhkan 24 tahun lalu.

Ali Baba mengumumkan langkah itu, sehari selepas kejutan pengasasnya,  Jack Ma pulang ke China berikutan bertugas di luar negara dalam tempoh yang lama. Enam kumpulan perniagaan itu akan memberi tumpuan kepada sektor seperti pengkomputeran awan (cloud), e-dagang dan logistik.

“Transformasi ini akan memperkasakan semua perniagaan kami untuk menjadi lebih cekap, mempertingkatkan daya membuat keputusan dan membolehkan response yang lebih pantas terhadap perubahan pasaran,” kata ketua eksekutif Daniel Zhang dalam memo kepada pekerjanya.

- Advertisement -

Enam kumpulan baharu itu ialah: Cloud Intelligence Group, Taobao Tmall Commerce Group, Local Service Group, Cainiao Smart Logistics, Global Digital Commerce Group dan Digital Media and Entertainment Group.

Setiap kumpulan akan dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan lembaga pengarahnya sendiri, dengan Ketua Pegawai Eksekutif memikul tanggungjawab penuh untuk prestasi syarikat.

Zhang akan kekal sebagai pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba Group, yang akan mengikuti model pengurusan syarikat induk. Beliau juga akan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Cloud Intelligence Group, yang akan bertanggungjawab ke atas perniagaan awan (cloud) dan kecerdasan buatan syarikat (artificial intelligent).

- Advertisement -

Zhang menjadi pemangku presiden Alibaba Cloud Intelligence selepas perkhidmatan awannya mengalami apa yang disifatkan oleh syarikat itu sebagai “kegagalan berskala besar paling lama dalam lebih sedekad” di Hong Kong pada akhir Disember lalu.

Pertumbuhan Alibaba mula perlahan dalam beberapa tahun kebelakangan ini apabila perbelanjaan pengguna China menjadi perlahan di tengah-tengah kemelesetan ekonomi negara itu, sebahagiannya disebabkan oleh tiga tahun polisi sifar COVID di China. Dengan pertumbuhan pengguna e-dagang yang semakin perlahan, Alibaba menujar arah dengan fokus kepada perkhidmatan pengkomputeran awannya.

Taobao Tmall Commerce Group, sumber pendapatan utama bagi konglomerat e-dagang itu, akan diketuai oleh Trudy Dai, salah seorang ahli asal syarikat itu dan pelajar pengasas Jack Ma semasa beliau menjadi guru Bahasa Inggeris.

Jiang Fan akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Global Digital Commerce Group, yang merangkumi Lazada, AliExpress, Trendyol, Daraz dan Alibaba.com yang fokus perniagaan mereka banyak di Asia Tenggara.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img