spot_img
spot_img

Kerana seketul ayam, mungkin dipenjara 10 tahun

spot_img

Dua lelaki yang menyerang pekerja di restoran mamak Pelita Cyberjaya minggu lepas, yang tular videonya telah didakwa di Mahkamah Majistret Sepang hari ini, 21 Mac.

Kedua-duanya adalah kawan, bernama Elanggovan Muniyandi dan Vengateswaran Malaisamy, kedua-duanya berusia 51 tahun, lapor New Straits Times.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Nasi Kandar Pelita Glomac, Cyberjaya, kira-kira jam 7.30 malam, 16 Mac lalu.

- Advertisement -

Kedua-dua mereka berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, Seksyen 427 kerana mencampak pinggan kepunyaan restoran berkenaan dan Seksyen 509 kerana mengeluarkan kata-kata lucah kepada pekerja.

Bagi Elanggovan, dia berdepan pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan secara sukarela dengan sepasang penyepit, menurut Free Malaysia Today.

Kedua-dua mangsa yang bekerja di restoran mamak itu telah dikenal pasti sebagai Md Jahirul Hoque dan Sarishkumar Jayakumar.

- Advertisement -

Elanggovan, yang bekerja sebagai pemandu van pelancong, berdepan hukuman paling berat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebat.

Sementara itu, hukuman bagi Seksyen 427 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang mereka hadapi bersama memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Bagi Seksyen 323 akta yang sama, ia membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.

Semasa perbicaraan, peguam mereka, Lingeswaran Andiappan, memohon jaminan rendah terhadap anak guamnya, dengan alasan Vengasteswaran hanya memperoleh RM800 hingga RM900 sebulan sebagai pemandu teksi, manakala Elanggovan memperoleh RM2,000 sebulan dan mempunyai tiga anak.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM8,600 untuk Vengasteswaran dan RM11,600 untuk Elanggovan.

Insiden Khamis itu tular di media sosial apabila pergaduhan itu dirakamkan dalam dua video berasingan

Punca pergaduhan tidak diketahui, tetapi majoriti media melaporkan kedua-duanya tertuduh mula menyerang pekerja restoran selepas salah seorang daripada mereka diberitahu supaya tidak mengambil seketul ayam goreng dengan tangan.

Video berdurasi satu minit dan 31 saat menunjukkan Vengateswaran berulang kali menumbuk seorang pekerja, manakala Elanggovan mengambil sebuah perkakas dan menolaknya ke belakang pekerja itu.

Klip itu juga menunjukkan kedua-duanya membaling pinggan ke arah mangsa.

Para pelanggan lain dilihat tidak masuk campur di dalam pergaduhan tersebut. Tertuduh juga dikatakan mabuk semasa pergaduhan tercetus.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img