spot_img
spot_img

Tun M tuduh Anwar racist, Nazri bidas pertahankan..

spot_img

KUALA LUMPUR, 20 Mac — Kerajaan sekarang adalah bersifat perkauman menurut bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Ini kerana, apabila orang Melayu ingin membicarakan tentang hak Melayu, ia dinafikan, dikatakan perkauman, tetapi tidak mengapa pula kalau membicarakan berkenaan kepelbagaian kaum dan agama kerana ia (mungkin) memihak kepada kaum lain (bukan Melayu). “Ini juga bersifat perkauman,” tegas Tun Dr Mahathir dalam catatan terbarunya di Twitter dan Facebook.

Dr Mahathir berkata tidak dapat dinafikan bahawa orang Melayu di Malaysia menghadapi banyak masalah yang hanya akan menjadi lebih teruk jika tidak ditangani sekarang.

- Advertisement -

Beliau terus menuduh kerajaan persekutuan sekarang sebagai “perkauman”, dan tetap mahu mengadakan perhimpunan Proklamasi Melayu yang pada mulanya dirancang diadakan pada petang hujung minggu lalu tetapi dibatalkan kerana tidak mendapat tempat acara.

Sekretariat penganjur perhimpunan Proklamasi Melayu telah membatalkan acara itu selepas dua venue membatalkan tempahan di saat akhir. Tun Dr Mahathir dijadual menghadiri majlis itu atas kapasiti peribadinya dan bukannya sebagai penasihat Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Pada hari Jumaat, Anwar mengeluarkan amaran keras terhadap sebarang percubaan untuk mencetus atau meningkatkan ketegangan agama atau kaum di Malaysia, sambil menambah bahawa sebarang kenyataan yang tidak bertanggungjawab tidak akan diterima kerana Malaysia mesti kekal aman dan dibangunkan bersama oleh orang Melayu, Cina, India dan etnik lain seperti Dayak, Iban dan Melanaus, Kadazan-Dusun dan lain-lain,” katanya dalam sidang media selepas Kabinet di Putrajaya.

Tindakan keras jika ada pihak yang cetus persengketaan kaum

- Advertisement -

Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga mengeluarkan amaran berasingan terhadap hasutan atas dasar perkauman dan agama.

Bagaimanapun, tiada pihak berkuasa termasuk perdana menteri berkata perhimpunan Proklamasi Melayu harus dibatalkan.

Dalam isu yang sama, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Nazri Aziz menggesa agar pihak berkuasa jangan teragak-agak untuk menyiasat Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun beliau merupakan seorang bekas Perdana Menteri berhubung dakwaannya bahawa pentadbiran Anwar telah membatalkan perhimpunan Proklamasi Melayu hujung minggu lalu. Sebab pembatalan itu kononnya mahu menghalang orang Melayu daripada bercakap tentang bangsa dan agama mereka menurut Tun Dr Mahathir, serta menggelar Anwar sebagai diktator kerana pembatalan tersebut.

Sebaliknya bekas ahli parlimen Padang Renggas itu berkata Tun Dr Mahathir tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pembangkang jika beliau mempunyai kuasa, sambil menambah bahawa beliau tahu kerana beliau pernah berada dalam Kabinet Tun Dr Mahathir.

“Jika ini semasa Mahathir sebagai PM, sesiapa yang mahu mengadakan perhimpunan yang mengkritik kerajaan akan dianggap sebagai anti-establishment. Pada zamannya, mereka akan ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).”

Nazri berkata, Tun Dr Mahathir masih mahu menjadi hero orang Melayu walaupun kalah dan hilang wang pertaruhan bersama kesemua 125 calon Parti Pejuang Tanahair, yang diasaskannya selepas ditendang keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang ditubuhkannya berikutan peletakan jawatannya daripada Umno.

“Tiada orang Melayu yang mahu mempercayai Tun Dr Mahathir lagi”, katanya lagi dan menambah kekalahan teruk diri Tun Dr Mahathir dan Pejuang merupakan petanda orang Melayu kini sudah tidak mempercayai negarawan itu lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img