spot_img
spot_img

Tun M diminta bantu bina negara, jangan musnahkan perpaduan

spot_img

BUTTERWORTH: Kerajaan perpaduan sekarang paling penting bagi Malaysia dan keresahan kaum perlu dielakkan, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Mengulas dakwaan perdana menteri dua kali dan bekas pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengenai orang Melayu kehilangan kuasa politik dan ekonomi serta menimbulkan keraguan terhadap keupayaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin negara, Loke berkata Pakatan Harapan kecewa dengan naratifnya.

“Apa yang dia cakap dan buat sekarang dikesali semua.

- Advertisement -

“Ia tidak selari dengan kedudukan beliau sebagai seorang negarawan, yang sepatutnya menyatupadukan rakyat.

“Kenyataannya dilihat boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan penduduk berbilang kaum di negara ini,” katanya pada konvensyen DAP Pulau Pinang di Arena Butterworth di sini pada Ahad (19 Mac).

- Advertisement -

“Kita harap beliau dapat memainkan peranannya dengan lebih membina, daripada mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja tidak membantu malah turut membangkitkan sentimen perkauman, yang merugikan negara kita.

“Jika benar dia cintakan negara ini, dia sepatutnya menggunakan pengaruhnya untuk membantu dan menarik lebih banyak pelaburan dan minat untuk membangunkannya.

“Tiada realiti dakwaannya. Perdana Menteri kita dan kebanyakan pemimpin masih Melayu,” tambahnya.

Pada Sabtu (18 Mac), Dr Mahathir dan beberapa pihak cuba mengadakan acara yang digelar “Proklamasi Orang Melayu” di Pusat Konvensyen Bukit Kiara Kuala Lumpur, tetapi tidak dapat diteruskan kerana tempat acara tersebut membatalkan tempahan mereka.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img