spot_img
spot_img

Kerajaan Johor perkenal konsep baru beli rumah

spot_img

Kerajaan Johor telah melancarkan “Rumah Transit Bangsa Johor” (RTBJ) sebagai salah satu langkah membantu rakyatnya memiliki rumah.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata program perumahan ini berbeza dengan idea “sewa-untuk-beli” (Rent to Own).

Menurutnya, penyewa rumah RTBJ perlu membuat bayaran bulanan sebanyak RM650, yang mana RM455 untuk sewa dan RM195 untuk simpanan.

- Advertisement -

Beliau berkata seseorang akan menjimatkan RM11,000 dalam tempoh lima tahun melalui inisiatif RTBJ, lapor Bernama.

“Wang (simpanan) ini kemudiannya boleh digunakan untuk membayar deposit rumah tersebut,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Perkhidmatan Transformasi Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ).

Onn Hafiz berkata kerajaan negeri berharap dapat membina 92 unit di bawah skim baharu itu tahun ini, dan 500 unit lagi dalam tempoh lima tahun akan datang.

- Advertisement -

Beliau juga memuji pelbagai pembaharuan yang dilakukan PKPJ, khususnya yang melibatkan tadbir urus.

Menurutnya, PKPJ menyelesaikan 300 fail (keluaran dan tawaran hartanah Bumiputera) yang tertunggak selama bertahun-tahun dalam tempoh empat bulan sahaja.

“Mereka bekerja siang dan malam di hartanah bernilai RM3.8 bilion, yang membawa hasil RM243 juta untuk kerajaan negeri,” kata Onn Hafiz.

Menurutnya, PKPJ dengan kerjasama pelbagai agensi berjaya menyelesaikan 2,800 hak milik strata dalam tempoh setahun dan ada yang sebahagiannya tertunggak hampir sepuluh tahun.

“Tidak kurang juga inisiatif untuk mengurangkan birokrasi. Antara yang kita lakukan adalah dari segi proses permohonan. Contohnya permohonan Rumah Mampu Milik, seseorang perlu menghantar 17 borang. Hari ini tidak perlu 17 borang ini, hanya lima dokumen diperlukan,” tambahnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img