spot_img
spot_img

Farid Kamil enggan lafaz talak terhadap Diana Danielle

spot_img

PETALING JAYA, 20 Mac — Selepas berkahwin hampir 11 tahun, pelakon Diana Danielle memfailkan permohonan cerai dengan suaminya dan pelakon Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari dekat sini.

Diana, atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, selaku plaintif memfailkan permohonan pada 10 Mac lalu melalui Tetuan Akberdin & Co dengan menamakan Farid atau nama penuhnya, Farid Kamil Zahari, 42, sebagai defendan.

Permohonan cerai itu dikemukakan di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

- Advertisement -

Pelakon itu memfailkan permohonan itu atas alasan mereka mempunyai perbezaan yang tidak dapat didamaikan dan berlaku shiqaq (perselisihan berpanjangan) dan tidak boleh lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Sementara itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana ketika dihubungi mengesahkan anak guamnya telah memfailkan permohonan cerai.

Menurut Akberdin, dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof hari ini, pihak-pihak diperintahkan menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) kerana Farid enggan melafazkan ‘talak’ itu.

- Advertisement -

Beliau berkata, mahkamah menetapkan 28 Mac ini untuk sebutan kes.

Pada prosiding hari ini, Farid pelakon filem Anwar Ibrahim : Untold Story diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Farid dan Diana yang berkahwin pada 3 Nov 2012, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img