spot_img
spot_img

AS$3bilion IMF lulus hutang kepada Sri Lanka

spot_img

ANKARA: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meluluskan pembiayaan berjumlah AS$2.9 bilion untuk membantu Sri Lanka yang sedang dilanda krisis, menurut pihak berkuasa negara itu dan IMF.

“Program itu akan membolehkan Sri Lanka mengakses pembiayaan sehingga AS$7 bilion daripada IMF, Institusi Kewangan Antarabangsa (IFI) dan organisasi pelbagai hala,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pejabat Presiden Ranil Wickremesinghe.

“Lembaga IMF meluluskan EFF (Kemudahan Dana Lanjutan) untuk kami,” menurut Menteri Kewangan Sri Lanka Ali Sabry di Twitter.

- Advertisement -

“Terima kasih kepada semua pemiutang dan Presiden atas usaha gigihnya dalam misi penting ini,” katanya.

Menurut kenyataan IMF, Lembaga Eksekutifnya hari ini meluluskan pengaturan lanjutan 48 bulan menerusi EFF berjumlah SDR 2.286 bilion (395 peratus daripada kuota atau kira-kira AS$3 bilion).

Program yang disokong EFF itu bertujuan memulihkan kestabilan makroekonomi dan mengekalkan hutang Sri Lanka, mengurangkan kesan ekonomi terhadap golongan miskin yang terjejas selain melindungi kestabilan sektor kewangan dan mengukuhkan tadbir urus dan potensi pertumbuhan.

- Advertisement -

“Untuk membolehkan Sri Lanka mengatasi krisis, pelaksanaan pantas dan tepat pada masanya sangat kritikal,” menurut Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva dalam kenyataan itu.

Sri Lanka yang lumpuh disebabkan kekurangan rizab pertukaran asing selepas jatuhan ekonomi yang bergantung kepada sektor pelancongan, negara berpenduduk 22 juta itu membayar semua hutang asingnya pada 2021.

 

Sumber – Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img