spot_img
spot_img

Mogok terbesar di UK kerana kos sara hidup, gaji dan inflasi

spot_img

LONDON, 2 Feb — Setengah juta orang berhenti kerja dan melakukan mogok di Britain menyebabkan rangkaian pengangkutan lumpuh dan beribu-ribu bilik darjah di sekolah kosong dalam tunjuk perasaan yang terbesar dalam tempoh lebih sedekad.

Ketika Eropah berdepan dengan krisis kos sara hidup, organisasi buruh di Britain, Kongres Kesatuan Sekerja (TUC) menyebutnya sebagai “hari terbesar mogok sejak 2011”.

Mogok berlaku sehari selepas lebih 1.27 juta turun ke jalan raya di Perancis, meningkatkan tekanan ke atas kerajaan Perancis berhubung rancangan pembaharuan pencen.

- Advertisement -

Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak telah menggesa agar kenaikan gaji menjadi “munasabah” dan berpatutan, memberi amaran bahawa kenaikan gaji yang besar akan menjejaskan percubaan untuk ‘menjinakkan’ inflasi.

Tetapi kesatuan sekerja menuduh Perdana Menteri jutawan itu tidak peka dengan cabaran hidup yang dihadapi oleh pekerja biasa yang bergelut untuk memenuhi keperluan hidup seharin dalam menghadapi pekerjaan bergaji rendah, tidak selamat dan kos yang meningkat.

Guru dan pemandu kereta api adalah antara kumpulan terbaru yang bertindak untuk mogok, serta kakitangan Pasukan Sempadan di udara dan pelabuhan UK.

- Advertisement -

Kesatuan pengajar NEU menganggarkan 85 peratus sekolah di England dan Wales telah dilanda tiada tenaga pengajar, sambil menambah bahawa ini menunjukkan “tahap kemarahan” dalam profesion.

“Beban kerja sentiasa lebih besar dan dengan inflasi gaji kami, (nilai wang) lebih rendah,” kata guru London Nigel Adams, 57, memetik laporan AFP ketika dia menyertai ribuan guru berarak ke pusat London.

Britain telah menghadapi mogok selama berbulan-bulan oleh berpuluh-puluh ribu pekerja – termasuk kakitangan pos, peguam, jururawat dan pekerja dalam sektor runcit – ketika inflasi UK meningkat melebihi 11 peratus, paras tertinggi dalam lebih 40 tahun. Menurut sumber kesatuan pekerja UK, pekerja tidak mempunyai pilihan selain melakukan mogok di mana mereka berdepan kos sara hidup yang melambung tinggi. Ada yang masih bekerja tetapi perlu mendapat bantuan makanan harian dari pusat kebajikan.

Di Stesen London Bridge ditutup sepenuhnya. Menurut sumber, gaji yang dinaikkan adalah tidak setimpal dan seperti menghina para pekerja kerana mereka di sektor pengangkutan beroperasi seperti biasa semasa wabak Covid19 sebagai ‘barisan hadapan’.

Tenaga kerja di UK kini mahukan setiap pekerja diberi kenaikan gaji, atau akan berdepan sekolah-sekolah akan dilanda lebih banyak mogok melainkan kerajaan mengemukakan “cadangan yang konkrit dan bermakna”

Walaubagaimana pun, kerajaan dan syarikat tetap berdiri teguh atau tidak panic, berhubung tuntutan gaji. Menteri Pendidikan Gillian Keegan memberitahu Times Radio dia “kecewa” guru melakukan mogok.

Tetapi Mark Serwotka, ketua PCS, kesatuan sekerja terbesar dalam perkhidmatan awam, berkata kedudukan kerajaan adalah “resah”.

“Tidak mungkin mereka boleh berdiam diri dengan jumlah peserta mogok dari sektor perindustrian yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kerana ia adalah setengah juta hari ini,” katanya kepada Sky News.

“Minggu depan, kami mempunyai paramedik, dan kami mempunyai jururawat, kemudian pula akan disertai oleh anggota bomba,” tambahnya, memberi amaran bahawa kesatuan sekerja bersedia untuk mogok sepanjang musim panas.

Ditanya apa yang dilakukan Perdana Menteri Sunak untuk menyelesaikan mogok, jurucakap rasminya berkata inflasi kekal sebagai “risiko terbesar” untuk membayar pakej dan kerajaan bersedia untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan kesatuan untuk mengelakkan tindakan mogok selanjutnya.

Tetapi beliau berkata menteri perlu mengimbangi tuntutan kesatuan dengan keperluan untuk tidak meningkatkan inflasi dan bersikap adil kepada semua pembayar cukai.

Data rasmi terkini menunjukkan 1.6 juta hari bekerja hilang dari Jun-November tahun lalu kerana mogok — jumlah enam bulan tertinggi dalam lebih tiga dekad — menurut Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).

Sebanyak 467,000 hari bekerja hilang akibat pemberhentian pada November sahaja, paras tertinggi sejak 2011, tambah ONS.

Di samping mogok itu, kesatuan sekerja juga mengadakan perhimpunan di seluruh negara menentang rancangan kerajaan Konservatif untuk menggubal undang-undang terhadap tindakan mogok sektor awam.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img