spot_img
spot_img

Borong tiket dan jual kepada jemaah Indonesia punca harga umrah Malaysia jadi mahal

spot_img

KUALA LUMPUR: Agensi-agensi umrah besar di negara ini didakwa membolot tiket penerbangan disediakan syarikat penerbangan tempatan untuk ke Tanah Suci, yang menjadi antara punca kenaikan mendadak kos mengerjakan umrah kebelakangan ini.

Mendedahkan perkara itu, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata mengikut harga semasa, tiket penerbangan umrah hanya sekitar RM2,700 hingga RM2,800 tetapi dijual semula oleh agensi terbabit sekitar RM4,800 hingga RM5,000.

Beliau berkata, agensi-agensi tersebut hanya membayar sekitar 10 peratus deposit untuk membeli keseluruhan tiket bagi satu penerbangan. Ini menyebabkan agensi umrah yang kecil tidak dapat memperoleh tiket dengan syarikat penerbangan kerana semuanya fully booked.

- Advertisement -

Razali berkata, perkara itu sudah lama berlarutan dengan sekurang-kurangnya 120,000 tiket penerbangan ke Tanah Suci dijual semula dalam tempoh setahun sebelum ini.

Sehubungan itu, Razali menggesa kerajaan mengambil tindakan pantas menyiasat perbuatan monopoli tiket penerbangan umrah kerana khuatir ia akan menyebabkan kos mengerjakan ibadat itu terus meningkat jika tidak dibendung. Ia akan menyebabkan agensi umrah yang kecil menerima kesan ketara, manakala jemaah pula perlu membayar lebih. Malah, ada yang terpaksa tangguh tunai umrah kerana kosnya naik terlalu mendadak, tambah beliau. Namun setakat ini masih belum ada penyelesaian daripada pihak berkuasa.

Dalam isu yang sama yang dicungkil oleh Berita Harian, juga terdapat beberapa syarikat umrah tempatan yang ‘memborong’ tiket penerbangan ke Tanah Suci didakwa turut menjualnya kepada agensi umrah di Indonesia pada harga sehingga RM6,000 untuk mengaut keuntungan besar.

- Advertisement -

Laporan itu menyifatkan aktiviti itu sebagai satu penindasan kepada pengendali pakej umrah tempatan sehingga ada yang tidak mampu membawa jemaah mengikut jadual ditetapkan disebabkan kos mengerjakan umrah yang menjadi tinggi.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img