spot_img
spot_img

Anwar pilih jalan selamat antara isu sogok undi UMNO – PAS

spot_img

Menara MCA Kuala Lumpur : Perdana Menteri kerajaan perpaduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelak dari menjawab pertanyaan wartawan berkenaan isu sogokkan pengundi antara parti UMNO dan PAS.

Anwar memilih jalan yang selamat untuk tidak berkonfrontasi dalam polemik UMNO dan PAS itu. Ini memberi isyarat jelas kepada Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Anwar bukan berada sepenuhnya di belakang TPM UMNO itu.

Pendapat dari penganalisis politik, ini mungkin strategi dari PKR supaya parti itu dilihat tidak memihak kepada mana-mana parti utama Melayu buat masa ini. PAS kini di dalam gelombang sokongan Melayu yang ketara di kawasan luar bandar dan semi-urban, manakala UMNO memberi sokongan 30 ahli parlimen mereka kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

- Advertisement -

Sudah tentu Anwar dan PKR melihat perkembangan ini dengan berhati-hati. Mungkin fokus Anwar pada ketika ini ialah menguruskan negara. Pada masa yang sama, imej PKR perlu dijaga supaya ia tidak memusuhi mana-mana parti politik yang kuat yang boleh menggugat kedudukannya sebagai ketua parti kerajaan.

Pertikaman lidah antara UMNO dan PAS bermula apabila UMNO membuat tuntutan di mahkamah bahawa PAS di dalam Perikatan Nasional memberi sogokan wang kepada para pengundi. Kemudian Tan Sri Haji Hadi Awang berkata ia dibolehkan kerana dianggap sedekah. Bagi pengikut tegar PAS, sebarang bentuk kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi mereka akan dianggap sama taraf seperti ‘fatwa’.

Oleh itu Presiden UMNO membalas dengan berkata “Kalau dia (Pas) buat, sedekah, kalau kita bagi rasuah. Ulama-ulama ni, jangan tukar-tukar hukum, jangan tukar fatwa.

- Advertisement -

“Ulama kena ada integriti sebagai ulama, jika tidak ulama politik tidak akan dihormati oleh rakyat dan oleh orang Islam,” katanya beliau di sambutan Rumah Terbuka MCA semalam.

Hari ini ramai pemimpin PAS termasuk Ketua Penerangan dan Ketua Pemuda mereka menempelak UMNO dan menyuruh mereka mencerminkan diri dahulu sebelum bercakap soal rasuah atau sogokkan.

Pada masa yang sama, Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin mempertahankan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa pemberian wang tunai ketika PRU15 sebagai sedekah.

Menurut beliau, perkara yang lebih utama yang perlu diambil kira berhubung pemberian wang tunai adalah niat di sebaliknya, katanya yang juga merupakan Setiausaha Agung Bersatu .

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img