spot_img
spot_img

Pertandingan Presiden UMNO kini manjadi rebutan

spot_img

BARU-BARU ini Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz secara tegas menyatakan tindakan pihak tertentu menghalang jawatan dalam parti dipertandingkan pada pemilihan akan datang akan menyekat amalan demokrasi yang sudah subur dalam UMNO.

Itu bukanlah pandangan biasa-biasa, sebaliknya dilontarkan oleh seorang yang sangat berpengalaman dalam politik dan seorang yang setia kepada parti sejak 1978, ketika beliau berusia 24 tahun di mana beliau pernah dilantik sebagai EXCO Pemuda UMNO dan dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO pada 1993, selain pernah menjadi ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO selama 28 tahun dari 1990 hingga 2018 dan pernah dilantik Ahli Dewan Negara pada 1991 hingga 1995.

Beliau berkhidmat sebagai menteri di Kementerian Pembangunan Usahawan, Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir negara.

- Advertisement -

Di sebelah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  pula, penganalisis politik percaya bahawa Presiden UMNO itu tidak akan mengambil tindakkan yang akan membunuh parti yang memperjuangkan orang Melayu di negara ini. Beliau telah berkata bahawa jawatan Presiden dipertandingkan atau tidak itu adalah terletak di tangan perwakilan untuk menentukannya. Amat penting bagi Zahid untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO sewaktu beliau kini adalah orang nombor dua negara bagi memperkasakan semula UMNO dan menepis anasir-anasir yang boleh membuatkan UMNO menjadi ‘parti pengikut’ kepada parti yang bari lain.

Faktor kekuatan Zahid ialah beliau merupakan figura yang membawa UMNO/BN dalam kerajaan hari ini. Ini adalah kemenangan awal beliau. Beliau tidak lari atau menyerah semasa UMNO tewas PRU14. Ramai pengkritiknya adalah mereka yang berhijrah ke Bersatu atau dilihat pro kepada parti Perikatan Nasional. Zahid telah berjaya membawa semula parti ke dalam kerajaan telah mengembalikan kepercayaan akar umbi terhadap kepimpinan beliau.

Mana-mana pihak yang cuba melaga-lagakan pemimpin UMNO diharap dapat hentikan perbuatan mereka kerana sekarang masanya untuk UMNO reset dan ‘menjelma’ sebagai sebuah parti yang kuat selain mengelak perpecahan dalam parti.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img