spot_img
spot_img

Applikasi Super Permotoran ditawar untuk dimiliki

spot_img

KUALA LUMPUR: Jendela Biz yang merupakan syarikat teknologi digital telah melancarkan Super App bagi segmen permotoran untuk pasaran Malaysia bagi membantu pengguna menguruskan semua aspek pemilikan kenderaan dan menggalakkan pemanduan yang selamat. Dua applikasi yang diberi nama ONLINE VEHICLE CUSTOMIZATION (OVC) dan MYCARKIT yang boleh dimiliki oleh para usahawan yang berminat.

Jendela Biz juga akan menghubungkan pemilik Super App tersebut dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk menambahkan ciri baharu ke dalam aplikasi terbabit iaitu maklumat mengenai penilaian keselamatan mengikut Program Penilaian Kereta Baharu untuk Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

- Advertisement -

Dua platform yang dibina oleh Jendela Biz ini bukan sahaja platform dan aplikasi jual beli kereta terpakai, malah turut digunakan untuk membantu pemandu pada setiap fasa daripada permulaan pembelian, pengurusan, servis pembaikan, hinggalah jualan kereta. Pemilik Super App ini boleh menjangkakan akan menerima lebih 100,000 pengguna dalam masa terdekat.

Dua aplikasi ini bukan sahaja untuk menguruskan gaya hidup kenderaan pelanggan tapi ia juga menawarkan pendidikan kenderaan dan keselamatan jalan raya.

- Advertisement -

Menurut data MIROS, keselamatan jalan raya dan kenderaan tetap penting di Malaysia kerana hampir 18 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya setiap hari.

Dua applikasi ini juga akan bekerjasama dengan lebih 2000 rakan automotif yang diperakui termasuk syarikat insuran kenderaan yang ada di negara ini.

Menerusi aplikasi tersebut, pemilik kereta di Malaysia dapat menerima pemberitahuan dan peringatan untuk tamat tempoh cukai jalan, pembaharuan insurans kereta dan servis serta makluman mengenai saman dan denda lalu lintas.

Selain itu, pengguna aplikasi itu juga dapat akses update di semua lebuh raya utama, sehingga mereka dapat memeriksa apabila ada kesesakan lalu lintas, sekatan jalan raya, banjir, atau kerosakan kereta sebelum mereka memulakan perjalanan.

Jendela Biz kini membuka peluang kepada para usahawan untuk memiliki Tawaran Perniagaan Digital ini sebelum tahun baru 2023 dengan harga lengkap yang terbaik. Hubungi support@jendela.biz untuk informasi lanjut atau whatsapp di talian 0124216051

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img