spot_img
spot_img

BERSATU tidak pasti jadi sebahagian barisan Kabinet Baharu

KUALA LUMPUR : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak pasti samada akan menjadi sebahagian daripada kabinet Kerajaan Pusat yang baharu.

Susulan lantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata barisan kabinet yang baharu akan dilantik oleh Perdana Menteri itu.

“Kami tidak pasti kerana kenyataan itu tidak jelas dan tidak menyatakan secara khusus Kerajaan Perpaduan atau sebaliknya,”

- Advertisement -

“Jika diikutkan, kerajaan perpaduan sepatutnya melibatkan semua pihak, namun kita tidak pasti apa sebenarnya kini kerana kenyataan yang dikeluarkan tidak menyatakan dengan jelas perlantikan Perdana Menteri ke-10 sebentar tadi adalah bagi menubuhkan kerajaan perpaduan atau sebaliknya,” katanya.

 

 

- Advertisement -

 

comments

Terkini

spot_img
spot_img