spot_img
spot_img

Rakyat sudah tidak kisah siapa PM, hanya yang berkepentingan sahaja menyukarkan keadaan

spot_img

Istana Negara 23 November : Hari ini masih lagi belum selesai urusan pemilihan Perdana Menteri (PM) ke 10 dan gabungan manakah yang akan membentuk kerajaan Persekutuan. Calon PM yang disebut-sebut hanya ada dua pemimpin sahaja kini, iaitu Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin.

Yang Dipertuan Agong (YDPA) akan berbincang bersama Majlis Raja-Raja Melayu esok bagi menentukan siapakah yang akan menjadi PM 10 pasca Pilihanraya Umum yang ke 15 ini.

Tiada satu parti pun yang dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Pada hari pertama selepas keputusan pilihanraya diumumkan, rakyat tidak sabar ingin tahu kerajaan dan PM mereka. Kini masuk hari ke dua, rakyat sudah penat dan muak sekali lagi dengan telatah ahli-ahli politik yang tidak berkesudahan.

- Advertisement -

Sama ada Anwar atau Muhyiddin yang akan menjadi Perdana Menteri atau sesiapa sahaja selepas ini, rakyat hanya mengharapkan kerajaan yang stabil untuk penggal ini, tidak mahu perubahan kerajaan lagi dan pentadbiran lancar membawa negara memacu ke hadapan.

Jika kerajaan campuran sekalipun, rakyat sudah tidak hairan lagi sebenarnya. Ia hanya digembar-gemburkan oleh ahli-ahli politik yang berkepentingn sahaja. Kenapa pemimpin politik yang beriya-iya tidak mahukan penyatuan ini ? Di dalam semua parti yang ada dan bertanding pada PRU15 minggu lepas, semuanya pernah duduk semeja dan pernah bekerjasama serta mempunyai sejarah sebelum ini. Kenapa perlu menakut-nakutkan rakyat kononnya parti itu perkauman Cina atau parti itu akan menukar negara menjadi  negara ‘Taliban’ ?

Akta Lompat Parti telah di kuat kuasakan, tetapi kenapa apabila keputusan tidak mengikut kehendak sesetengah pemimpin, mereka tetap mahu menggerakkan sokongan berasingan yang bertentangan dengan akta lompat parti dengan memberikan hujah-hujah serta dalil yang mengesahkan perbuatan lompat mereka itu. Apa yang pemimpin-pemimpin ini risaukan ? Jawatan ? Atau takut apabila tidak lagi menjadi kerajaan, mereka juga akan menjadi ‘kluster mahkamah’ ? Atau takut apabila musuh mempunyai jawatan politik, maka pemilihan parti akan menjadi sukar untuk mencabar musuh itu ? Semua tingkah laku ini diperhati oleh rakyat. Sikap seperti “jika memberi kelebihan pada diri sendiri, kita sokong, jika tidak, kita akan menentang“. Sikap seperti ini akan membawa Malaysia ke arah ketidakstabilan sepanjang masa.

- Advertisement -

PAS pernah bekerjasama dengan DAP, UMNO dan sekarang PAS bersama Bersatu. DAP pernah duduk semeja dan menang dengan Bersatu tanpa UMNO dan PAS. Semua ini sama sahaja dan pernah terjadi. Jadi kenapa perlu digembar-gemburkan ketakutan pada rakyat ? Jangan mementingkan jawatan dan kuasa semata-mata untuk menyukarkan pembentukan kerajaan demi negara.

Buang ego demi rakyat. Mengalahlah walau sesiapa pun untuk segera selesaikan kemelut ini demi kemakmuran dan kemajuan negara.

Shuib Sadri

Universit Malaya (Perakaunan)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img