spot_img
spot_img

Calon DAP dipersoal bangun kawasan hartanah untuk pengundinya ?

spot_img

KEBANYAKAN hartanah atau lokasi pemaju hartanah IOI terletak di kawasan Kinrara, kerusi DUN di bawah kawasan parlimen Subang, kata Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han dalam menangkis kritikan terhadap calon parti bagi kerusi Parlimen Puchong Yeo Bee Yin atau lebih dikenali sebagai Hannah Yeo.

(Hannah Yeo – Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi semasa kerajaan 22 bulan PH)

- Advertisement -

Beliau menambah kebanyakan hartanah itu berada di DUN Kinrara, yang terletak di bawah kerusi persekutuan Subang di mana beliau menjadi ADUN.

Ia termasuk Bandar Puteri Puchong, Puchong Jaya, IOI Boulevard Puchong, Sheraton Puchong dan IOI Mall of Puchong. Manakala Sierra 16 dan IOI City Mall berada di Parlimen Sepang.

“Tiada satu pun pembangunan IOI Property wujud di kawasan Parlimen Puchong setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan susulan kebimbangan yang dibangkitkan oleh pertubuhan pemerhati antirasuah Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4 Centre).

- Advertisement -

C4 telah mempersoalkan dakwaan keupayaan Hannah  Yeo untuk membuat keputusan mengutamakan kawasan pilihan rayanya kerana beliau adalah isteri kepada ketua pegawai eksekutif IOI Properties Group Bhd Lee Yeow Seng, anak kepada mendiang pengasas IOI Group Berhad Tan Sri Lee Shin Cheng.

“Ini tidak adil kepada Hannah Yeo kerana ia berdasarkan andaian,” kata Ng dalam kenyataannya kepada The Star.

Ahli DAP itu berkata daripada ‘sibuk-sibuk’ berkenaan urusan peribadi Hannah Yeo kerana berkahwin dengan suaminya yang berjaya, C4 perlu melihat dan menyiasat calon yang masih bergelut dengan kes mahkamah dan pertuduhan rasuah lain kerana masih dibenarkan bertanding dalam pilihanraya.

Dia menambah bahawa orang ramai tidak sepatutnya mempersoalkan kekayaan Hannah Yeo terhadapnya. Sebaliknya, mereka harus melihat pencapaian beliau sebagai menteri Sains, Teknologi dan Inovasi semasa pentadbiran kerajaan PH sebagai penanda aras.

Terdahulu pada Ahad (6 Nov), C4 mengeluarkan kenyataan memetik kebimbangan mengenai pencalonan beberapa ahli politik yang bertanding untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang dan hubungan mereka dengan ahli perniagaan.

“Trend perniagaan dalam politik yang semakin meningkat dan menimbulkan nepotisme, kronisme, politik naungan (tajaan) dan pengaruh perniagaan yang tidak wajar terhadap penggubalan dasar,” kata C4.

Berikutan penjelasan Ng, C4 mengeluarkan kenyataan lain, mengatakan ia tidak bermaksud jahat kepada Hannah Yeo, dan menjemputnya untukberdebat secara terbuka.

“Akhirnya, parti-parti politik mesti sentiasa berwaspada dalam memastikan bahawa keadaan yang menimbulkan perluasan perhubungan antara perniagaan-politik adalah terhad seboleh-bolehnya, terutamanya jika parti-parti itu berkempen atas agenda anti-rasuah dan membawa perubahan kepada negara.”

Foto : The Edge Markets

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img