spot_img
spot_img

PERNIAGAAN RUNCIT NEGARA SEBULAN MENCECAH RM133.7 bilion

spot_img

Kuala Lumpur : Nilai jualan perdagangan borong dan runcit Malaysia berjumlah RM133.7 bilion pada Ogos 2022, tumbuh 33.7 peratus tahun ke tahun berikutan peningkatan dalam subsektor perdagangan runcit.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, subsektor perdagangan runcit meningkat RM14.6 bilion atau 34.5 peratus kepada RM57 bilion.

“Dalam tempoh yang sama kenderaan bermotor juga berkembang 185.3 peratus atau RM10.8 bilion kepada RM16.6 bilion, diikuti perdagangan borong yang menokok RM8.3 bilion atau 16.0 peratus kepada RM60.1 bilion.

- Advertisement -

“Bagi perbandingan bulan ke bulan, nilai jualan perdagangan borong dan runcit meningkat 2.6 peratus, disumbangkan oleh subsektor kenderaan bermotor 17.8 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya lagi, prestasi mengikut subsektor pertumbuhan subsektor perdagangan runcit sebanyak 34.5 peratus pada Ogos 2022 disokong oleh jualan runcit di kedai bukan pengkhususan yang meningkat sebanyak 37.1 peratus atau RM5.7 bilion kepada RM21.1 bilion.

Katanya lagi, kumpulan lain dalam subsektor berkenaan turut mencatatkan pertumbuhan positif iaitu jualan runcit di kedai pengkhususan sebanyak RM3.7 billion; jualan runcit bahan api kenderaan (RM1.8 bilion) dan jualan runcit barangan isi rumah (RM1.5 bilion).

- Advertisement -

“Subsektor kenderaan bermotor merekodkan kenaikan 185.3 peratus disumbangkan oleh jualan kenderaan bermotor 206.3 peratus atau RM6.4 bilion kepada RM9.5 bilion, diikuti jualan alat ganti dan aksesori kenderaan bermotor; penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan bermotor; dan jualan, penyelenggaraan dan pembaikan motosikal masing-masing sebanyak RM2.2 bilion, RM1.2 bilion, dan RM1.0 bilion,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Uzir berkata, kenaikan subsektor perdagangan borong sebanyak 16 peratus merekodkan RM60.1 bilion disumbangkan oleh lain-lain pengkhususan jualan borong sebanyak 16.8 peratus atau RM3.4 bilion kepada RM23.6 bilion.

“Antara kumpulan yang menyumbang kepada peningkatan ini ialah jualan borong barangan isi rumah berjumlah RM2.7 bilion; jualan borong makanan, minuman dan tembakau (RM0.6 bilion) dan jualan borong jentera, peralatan dan bekalan (RM0.6 bilion).

“Bagi indeks volum, perdagangan borong dan runcit mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 27 peratus. Pengembangan ini disumbangkan oleh kenderaan bermotor dan perdagangan runcit yang meningkat masing-masing 169.6 peratus dan 30.1 peratus,” katanya.

Tambahnya lagi, perdagangan borong juga mencatatkan pertumbuhan positif 7.4 peratus selain indeks volum pelarasan musim, naik kepada 3.1 peratus bulan ke bulan.

Peluang-peluang perniagaan di semua sektor runcit ini boleh disertai dan dimiliki melalui platform Tawaran Perniagaan Jendela Biz. Anda hanya perlu menjadi pemilik, mendaftar di SSM dan terus menjalankan perniagaan untuk menjana keuntungan. Rujuk beberapa Tawaran Perniagaan Digital di sektor peruncitan yang telah tersedia di Jendela Biz :

1) KURMA & KISMIS ONLINE TRADING
https://jendela.biz/tawaran/kurma-kismis-online-trading

2) ONLINE VEHICLE CUSTOMIZATION (OVC)
https://jendela.biz/tawaran/online-vehicle-customization-ovc

3) MYFRESHSMART – PLATFORM DIGITAL UNTUK PEMBEKALAN MAKANAN MENTAH & MAKANAN SEGAR
https://jendela.biz/tawaran/my-fresh-smart

4) HALAL HUB (حلال)
https://jendela.biz/tawaran/halalhub

Jika anda berminat untuk memiliki mana-mana perniagaan digital di atas, hubungi melalui whatsapp 0124216051 atau email ke support@jendela.biz

Artikel berbayar

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img