spot_img
spot_img

Rangkuman intipati kandungan Belanjawan 2023

spot_img
  • RM372.3 bilion Jumlah Keseluruhan Bajet 2023
  • RM2500 Bantuan one-off tertinggi untuk isi rumah lima orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.
  • RM10 bilion Untuk bantuan tunai Jabatan Kebajikan Masyarakat & Bantuan Keluarga Malaysia.
  • RM1 bilion Untuk Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia. Menyediakan peluang ekonomi kepada 50 ribu isi rumah miskin tegar.
  • Kadar cukai pendapatan dikurangkan 2%: Banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000: Turun daripada 13% ke 11% Banjaran pendapatan bercukai RM70,001 hingga RM100,000: Turun daripada 21% ke 19%.
  • Inisiatif e-Pemula M40: Kredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100 ribu, memanfaatkan 8 juta individu RM11 juta.
  • Untuk memperbanyak ujian saringan melalui subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks RM235 juta
  • Peruntukan bagi Dana pembiayaan untuk usahawan wanita. Pengecualian cukai untuk wanita, ke atas pendapatan yang diterima taksiran 2023 sehingga 2028, untuk mengalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah tempoh ‘career break’.
  • RM3,000 Pelepasan cukai ke atas bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2024
  • RM500 Inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off, kepada ibu isi rumah penerima BKM yang lahirkan anak pada tahun 2023.
  • RM305 juta Peruntukan pembiayaan untuk peniaga belia.
  • RM400 juta untuk Program ePemula – Kredit RM200 one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 – 20 tahun, dan
    pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.
  • RM55 billion Untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.
  • RM200 juta diperuntukan menampung kos pengangkutan dan edaran barangan keperluan asas seperti beras, minyak
    masak, gas LPG, petrol dan diesel untuk penduduk luar bandar.
  • RM150 juta Peruntukan Insentif Penggajian di bawah PERKESO, sebanyak RM600-RM750 sebulan, untuk tempoh 3
    bulan bagi golongan rentan.
  • Inisiatif MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50,000 penempatan pekerjaan dalam sektor awam dan
    GLC.
  • RM55.6 bilion Untuk Kementerian Pendidikan, peruntukan yang terbesar di Bajet 2023 berbanding tahun ini, RM52.6
    bilion.
  • RM825 juta Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan yang ditambah baik kepada RM150 dari RM100 bagi setiap
    murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.
  • RM777 juta Untuk Rancangan Makanan Tambahan bagi memastikan murid-murid mendapat kandungan khasiat
    harian, memanfaatkan seramai 800 ribu murid.
  • RM1.1 bilion Peruntukan untuk selenggara dan membaik pulih sekolah.
  • RM1.2 bilion Peruntukan untuk naik taraf bangunan dan infrastruktur sekolah daif khususnya di Sabah & Sarawak.
  • RM3.8 bilion Peruntukan untuk biasiswa dan pinjaman pendidikan.
  • RM6.7 bilion Peruntukan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif TVET, melalui Majlis TVET Negara.
  • Pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua pelajar yang mendapat ijazah sarjana muda
    kelas pertama.
  • Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20%.
    Elaun Sara Hidup JPA dinaikkan sebanyak RM100 bagi pelajar dan pegawai dalam negara.
  • RM3 bilion Untuk jaminan Kerajaan melalui Syarikat Pinjaman Kredit Perumahan (SJKP), yang akan membantu
    12,000 peminjam.
  • RM367 juta Bagi Program Perumahan Rakyat (PPR), yang bakal memanfaatkan sebanyak 12,400 bakal penghuni
    baharu.
  • RM209 juta Subsidi pengangkutan udara bagi pedalaman Sabah & Sarawak.
  • RM305 juta Peruntukan Orang Asli, untuk bantuan sosial, dan meningkatkan taraf hidup.
  • RM1 bilion Untuk kebajikan warga emas.
  • RM1.2 bilion Peruntukan untuk OKU – antaranya penjagaan pesakit kronik, elaun OKU tidak upaya kerja dan elaun
    pekerja cacat.
  • RM10 juta Baucar perjalanan OKU Melalui Perkhidmatan E-Hailing.
  • RM1.8 bilion Peruntukan subsidi dan insentif pesawah dan nelayan.
  • RM256 juta Untuk Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM800 kepada pekebun kecil getah, memanfaatkan 320 ribu
    pekebun kecil.
  • Pengurangan kadar cukai ke atas pendapatan bercukai 100 ribu pertama daripada 17% ke 15% untuk PMKS
  • RM1 bilion Geran one-off RM1,000 untuk semua syarikat PMKS berdaftar dan pemandu teksi berdaftar ia bakal memanfaatkan 1 juta penerima.
  • RM228 juta Bantuan kepada pesawah padi yang akan memanfaatkan seramai 240,000 pesawah.
  • RM45 bilion Peruntukan bagi inisiatif Semarak Niaga Keluarga Malaysia.
  • RM10 bilion Dana BNM untuk PKS antaranya untuk automasi,pendigitalan, pelancongan dan pertanian.
  • RM9 bilion Had jaminan sehingga RM9 bilion melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan bagi memudahkan
    PKS mendapat pembiayaan.
  • RM500 juta Pembiayaan Pelancongan BNM (PTF).
  • RM25 juta Insentif kepada rakyat bagi menyokong industri pelancongan tempatan. Ini meliputi diskaun, baucar dan
    rebat sehingga RM100.
  • RM36.1 billion Untuk Kementerian Kesihatan
  • RM4.9 bilion Untuk meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam, dengan peningkatan 12% berbanding tahun
    2022.
  • RM1.8 bilion Peruntukan bagi membina hospital, klinik dan fasiliti baru, serta untuk perolehan peralatan perubatan.
  • RM420 juta untuk kerja-kerja membaiki hospital & klinik daif serta penggantian peralatan usang
  • Pengecualian duti import & cukai jualan terapi gantian nikotin bagi menggalakkan rakyat menghentikan
    tabiat merokok.
  • RM80 juta Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PEKA B40) Termasuk saringan penyakit kencing manis.
  • RM734 juta Program MySalam yang akan memanfaatkan 1.5 juta individu B40, termasuk 500,000 individu yang
    menerima pampasan disebabkan COVID-19
  • RM17.4 bilion Kementerian Pertahanan (MINDEF)
    Baucar Perlindungan Tenang yang akan memberi manfaat kepada lebih 3 juta penerima BKM, melalui kaedah perkongsian kos dan diperluaskan kepada pembelian produk perlindungan bencana banjir untuk rumah kediaman.
  • Program MyWIRA Diskaun 50% ke atas pengangkutan awam di bawah kendalian PRASARANA bagi 21,000 pemegang kad
    veteran ATM dan kad pesara Polis
  • RM1 bilion Skim Pembiayaan Agrofood BNM pada kadar 3.5%, untuk pengusaha agromakanan meningkatkan
    produktiviti pengeluaran
  • RM15 bilion Rancangan Tebatan Banjir (RTB) sehingga tahun 2030, bagi strategi jangka panjang untuk beradaptasi
    dengan perubahan iklim di seluruh negara.
  • RM562 juta Projek Empangan Sabo di 46 lokasi seluruh negara bagi mengurangkan risiko banjir puing dan banjir
    lumpur
  • RM500 juta Projek fasa tambahan Lembangan Sungai Bersepadu di Sungai Golok, Kelantan
  • RM400 juta kepada NADMA supaya bersiap siaga membantu dengan segera jika berlaku banjir pada hujung tahun ini.
  • RM2 bilion Pembinaan Kolam Takungan Dwifungsi, sebagai strategi mengatasi masalah banjir dan pusat penyimpanan bekalan air mentah.
  • RM47 juta Bagi persediaan Angkatan Tentera Malaysia menghadapi sebarang bencana.
    – Tambahan 2 buah hospital medan ATM di Kluang, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah
  • Penurunan kadar pembiayaan dari 4% ke 2% bagi Skim Pembiayaan Komputer dan Telefor Pintar penjawat awam, diperluas merangkumi jam tangan pintar.
  • Imbuhan Penjawat Awam – Kadar maksimum gantian cuti rehat (GCR) yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai dinaikkan daripada 160 kepada 180 hari dengan anggaran implikasi kewangan RM100 juta setahun.
  • Imbuhan Penjawat Awam – Kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50 peratus juga akan dinaikkan sehingga maksimum 90 hari.
  • Imbuhan Penjawat Awam – Pertambahan cuti rehat khas pegawai perkhidmatan pendidikan yang berkhidmat melebihi 10 tahun sebanyak 5 hari menjadi 15 hari, memanfaatkan 500 ribu guru dan berpeluang mengumpulkan GCR yang
    lebih tinggi.
  • Imbuhan Penjawat Awam – RM1.5 bilion untuk Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.
  • Imbuhan Penjawat Awam – RM1.3 bilion Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah dan BKK RM350 kepada 1 juta pesara Kerajaan
  • Imbuhan Penjawat Awam – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dinaikkan kepada RM600 dan dibayar pada Mac 2023, bersama dengan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 yang berkuat kuasa Januari 2023 dan
    Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700
  • Imbuhan Penjawat Awam –  Jumlah tambahan keseluruhan untuk penjawat awam yang layak pada tahun 2023 adalah sebanyak RM2,500
  • RM2.6 bilion Diperuntukkan melalui agensi utama yang mengawal selia aktiviti komoditi, iaitu FELDA, FELCRA dan
    RISDA.
  • RM315 juta Program Pembangunan Kawasan Bertanam Getah Pekebun Kecil, bagi menggantikan pokok getah tua
    yang tidak lagi berhasil untuk manfaat 387,000 pekebun kecil.
  • RM102 juta Untuk Dana Kandungan Digital yang bakal menolong pemasaran produk penggiat seni.
  • RM145 juta Untuk penyelenggaraan, naik taraf dan pembinaan kemudahan sukan.
  • RM1.5 bilion Bagi melaksanakan projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa sepanjang hampir 500km yang
    akan memberi manfaat secara langsung kepada lebih 110 ribu penduduk
  • RM6.3 bilion Untuk perbelanjaan pembangunan Sabah.
  • RM5.4 bilion Untuk perbelanjaan pembangunan Sarawak.
  • RM20 juta Pembangunan Litar Drag bagi menggalakkan belia dalam sukan permotoran melalui platform yang tepat.
  • RM700 juta Peruntukan Projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) pada tahun 2023, untuk melaksanakan
    ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan hampir 3,700 buah sekolah.
  • RM3 bilion Nilai jaminan bagi Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) sehingga 2025.
  • RM1.3 bilion Perbelanjaan infrastruktur Digital Nasional Berhad (DNB) akan memperluas rangkaian 5G di seluruh
    negara. Keluarga Malaysia juga bakal menikmati kelajuan internet lebih pantas dan capaian internet 5G yang lebih murah.
  • Pengecualian duti import dan eksais ke atas EV jenis CBU import dilanjutkan sehingga 31 Disember 2024.
  • RM216 juta Bagi memperbaik, membersih dan merawat sungai di seluruh negara, projek pemuliharaan akan
    dilaksanakan antaranya di Muara Sungai Merang, Terengganu dan Muara Sungai Perak.
  • RM100 juta Kepada Yayasan Hasanah untuk menerajui usaha di peringkat komuniti seperti menjana pendapatan,
    memastikan tiada yang ketinggalan dalam pendidikan dan menggiatkan program pemeriksaan kesihatan.
  • RM5 juta Program Diplomasi Bahasa dan Budaya ke arah pengantarabangsaan dan memperkasa Bahasa Melayu di
    persada dunia.
  • RM10 juta Di samping Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Kerajaan turut menyokong usaha untuk
    meraikan kepelbagaian di Malaysia dan memelihara pelbagai bahasa dan budaya lain khususnya di peringkat komuniti seperti Kadazan Dusun dan Siam.
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
- Advertisement -

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img