spot_img
spot_img

Bajet 2023 – Manfaat kepada rakyat

spot_img
  • Pemberian subsidi bil elektrik sehingga RM40 akan diperluas mengikut PGK Makanan iaitu isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah berbanding syarat semasa RM980 ke bawah.
  •  3 penerima utama Bajet 2023 ialah Kementerian Kewangan (RM72.2 bilion), Kementerian Pendidikan (RM55.6 bilion) dan Kementerian Kesihatan (RM36.1 bilion) yang merangkumi 44 peratus daripada jumlah perbelanjaan.
  •  Menyedari manfaat yang diraih daripada pemberian tunai langsung, Bantuan Keluarga Malaysia akan terus ditambah baik.
  •  Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan kepada 2 mata peratusan.
  •  Defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 5.5 peratus daripada KDNK daripada 5.8 peratus daripada KDNK pada 2022
  • Banjaran pendapatan cukai antara RM250,000-RM400,000 akan digabung dengan banjaran RM400,000-RM600,000 dan dikenakan kadar cukai 25 peratus.
  • Pengecualian cukai untuk wanita, ke atas pendapatan yang diterima taksiran 2023 sehingga 2028, untuk menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah tempoh ‘career break’.
  • Kredit e-dompet untuk belia yang berumur 18 hingga 20 tahun dan mana-mana pelajar sepenuh masa melebihi 21 tahun akan boleh menuntut RM200 dalam e-dompet mereka di bawah program ePemula.
  • RM3,000 – Pelepasan cukai ke atas bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2024.
  • RM1.2 bilion Peruntukan untuk OKU – antaranya penjagaan pesakit kronik, elaun OKU tidak upaya kerja dan elaun pekerja cacat.
  • RM1.8 bilion – Peruntukan subsidi dan insentif pesawah, nelayan dan pekebun kecil.
  • RM4.9 bilion – Untuk meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam, dengan peningkatan 12% berbanding tahun 2022.
  • RM305 juta – Peruntukan Orang Asli, untuk bantuan sosial, dan meningkatkan taraf hidup.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img