spot_img
spot_img

Kilang Apple berpindah dari China ke ..

spot_img

MUMBAI, 27 Sept — Apple akan membuat telefon pintarnya di India, kata gergasi teknologi AS itu pada Isnin lepas, kerana mereka sedang berusaha untuk mempelbagaikan pengeluaran supaya kurang pergantungan kepada China.

Rantaian bekalan iPhone kebanyakannya berpangkalan di China tetapi dasar dan kesukaran akibat dasar ketat membendung Covid19 di negara itu serta hubungan dingin dengan Amerika Syarikat telah menjejaskan pengeluaran, kata penganalisis.

“Kami teruja untuk mengeluarkan iPhone 14 di India,” kata Apple dalam satu kenyataan ringkas.

- Advertisement -

Apple yang berpangkalan di California itu sudah pun membuat model iPhone lama di India melalui pengeluar Taiwan seperti Foxconn, yang mempunyai kilang di negeri selatan Tamil Nadu.

Pengumuman terbaru datang hanya beberapa minggu selepas Apple melancarkan telefon pintar baharu. Syarikat teknologi itu memulakan pengeluaran iPhone 14 di India lebih awal berbanding model sebelumnya, kata penganalisis Canalys Sanyam Chaurasia.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah semakin mempelbagaikan pengilangan rantaian bekalannya ke India,” kata Chaurasia kepada AFP.

- Advertisement -

Kira-kira 7.5 juta iPhone – sekitar tiga peratus daripada pengeluaran global Apple – dibuat di India tahun lepas, tambah penganalisis itu.

“Kami menjangkakan pengeluaran iPhone tempatan boleh mencapai lebih 11 juta tahun ini,” katanya.

Pengumuman Apple akan menjadi rangsangan kepada strategi “Buatan India” Perdana Menteri Narendra Modi di mana beliau telah menggesa perniagaan asing untuk mengeluarkan barangan di negara itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img