spot_img
spot_img

GTA bergerak solo PRU15

spot_img

SERDANG: Gerakan Tanah Air (GTA) akan bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata GTA juga tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang terlibat rasuah ataupun terlibat dengan mengkhianati mandat rakyat.

Mengenai status pendaftaran GTA kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), beliau berkata perkara itu dijangka diketahui bulan hadapan, katanya pada sidang media semasa hadir di Konvensyen Pejuanita Malaysia di Seri Kembangan.

- Advertisement -

GTA terdiri daripada Pejuang, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN). Ia mencantumi parti politik Melayu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan daripada ahli akademik dan profesional yang cinta kepada negara.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk menjadi perdana menteri sekiranya GTA menang PRU15, Dr Mahathir berkata setakat ini beliau belum membuat sebarang keputusan namun katanya banyak pihak menggesanya memegang jawatan itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img