spot_img
spot_img

Terlalu awal untuk pengampunan diraja kepada Najib

spot_img

KUALA LUMPUR, 13 Sept — Pengampunan diraja untuk Datuk Seri Najib Razak kini adalah terlalu awal kerana bekas perdana menteri itu masih berdepan empat kes jenayah yang sedang dibicarakan, kata Presiden Badan Peguam Malaysia Karen Cheah hari ini.

Beliau juga berkata walaupun Najib berhak memohon pengampunan itu, memberinya pengampunan segera selepas beliau memulakan hukuman penjaranya akan memperlekehkan sistem keadilan jenayah dan kedaulatan undang-undang Malaysia. Itulah pendirian Badan Peguam Malaysia yang diketuai oleh Karen.

Menurutnya lagi, satu contoh yang bahaya akan ditonjolkan jika pengampunan diraja diberikan dalam kes ini, kerana nampaknya mereka yang memegang jawatan eksekutif boleh diampunkan kata Cheah.

- Advertisement -

Cheah berkata sejak skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tular pada 2015, reputasi negara telah menjadi sinonim dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Tetapi keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 menghukum Najib ke penjara memulihkan semula kepercayaan orang ramai terhadap badan kehakiman dan kedaulatan undang-undang, katanya.

Karen juga menambah, sepanjang perbicaraan kes, perlu diperhatikan bahawa Najib masih belum menunjukkan penyesalan atas tindakannya.

- Advertisement -

Merujuk kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendiang Datuk Mokhtar Hashim, dan bekas menteri besar Selangor Datuk Harun Idris, Karen Cheah menegaskan bahawa penerima pengampunan diraja sebelum ini telah menjalani sebahagian besar daripada hukuman penjara mereka sebelum dibebaskan.

Oleh itu, beliau berkata Najib – yang baru dipenjarakan kurang daripada sebulan dengan sebahagian besar daripadanya di bilik mahkamah dan hospital – dia harus menjalani lebih banyak masa di penjara sebelum permohonannya dipertimbangkan.

“Walaupun bekas perdana menteri itu berhak untuk mendapatkan pengampunan diraja, adalah pandangan Badan Peguam Malaysia bahawa beliau tidak layak mendapat pengampunan sedemikian daripada Yang di-Pertuan Agong, pada ketika ini,” katanya.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan atas kesalahan mencuri RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.

Pengampunan diraja adalah di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, yang memberikan Agong atau Sultan kuasa untuk memberikan pengampunan atau penangguhan hukuman kepada banduan.

Pengampunan penuh Anwar diberikan kepadanya apabila Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 pada 2018, permintaan yang dibuat oleh perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Yang di-Pertuan Agong.

Foto : The Vibes

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img