spot_img
spot_img

Ismail Sabri menguatkan UMNO

spot_img

AHAD ini, genaplah setahun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri. Pada mulanya ramai juga pemerhati politik melihat beliau mungkin tidak dapat melakukan banyak perkara berikutan perwatakannya yang lembut.

Dengan suasana dalaman UMNO sendiri berkocak, terbelah kepada beberapa kem dan beliau sendiri hanya Naib Presiden, pastinya berdepan kesukaran. Bagaimanapun, setelah setahun, ramai terkejut kerana beliau mampu melakukan banyak perkara yang sebelum ini cuba dibuat oleh beberapa pemimpin tetapi gagal.

Perkara paling mendapat perhatian semua pihak, mampukah Ismail Sabri mendapatkan sokongan padu daripada pemimpin tertinggi UMNO sendiri?

- Advertisement -

Diketahui umum, dua pemimpin paling senior UMNO, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempunyai kepentingan dan kes masing-masing di mahkamah.

Jika ada cita-cita politik tinggi, pastilah beliau akan mengarahkan hakim-hakim untuk mensabitkan pemimpin paling senior UMNO bagi membuka ruang kepadanya. Begitupun, beliau dilihat langsung tidak mencampuri urusan mahkamah dan membiarkan perbicaraan ini berjalan tanpa gangguan.

Tuntutan-tuntutan UMNO mengenai pelbagai isu yang dijadikan sebagai ketetapan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) juga diakuri oleh beliau. Lebih memberangsangkan apabila Ismail Sabri sejak awal-awal lagi diumumkan sebagai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

- Advertisement -

Ini semua menunjukkan beliau sememangnya mendapat keyakinan daripada semua lapisan pemimpin UMNO sebagai ketua kerajaan bagi pihak mereka. Apa-apa syak wasangka yang beliau mempunyai niat tidak baik terhadap lain-lain pemimpin tertinggi UMNO atau mahu merebut kuasa dalam parti juga sudah terpadam.

Ini kerana bila UMNO berhadapan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bagi melanjutkan tempoh pemilihan enam bulan selepas PRU15, ia mampu diselesaikan. Banyak pihak menjangkakan pindaan Perlembagaan UMNO ini akan sukar diluluskan dan pemilihan parti akan terpaksa dilangsungkan sebelum 29 Disember ini.

Ismail Sabri mempunyai kuasa untuk memastikan pindaan Perlembagaan UMNO ini tidak diluluskan oleh RoS sekali gus membolehkan beliau dinobat sebagai Presiden baharu UMNO.

Apatah lagi RoS adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diketuai oleh Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

TEGAR

Diramalkan Ismail Sabri tidak mampu menguasai pengaruh Hamzah ke atas RoS. Malah beliau juga disebut mungkin bersekongkol dengan Hamzah. Begitupun, ini tidak berlaku dan pindaan Perlembagaan UMNO diluluskan oleh RoS.

Ismail Sabri adalah benar-benar orang parti juga terserlah apabila beliau dilihat tidak tunduk dengan pelbagai desakan daripada Bersatu, baru-baru ini.

Bersatu tegar menuntut Ismail Sabri menunaikan janji untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan memecat Datuk Zuraida Kamaruddin dari Kabinet. Tetapi sehingga kini Ismail Sabri enggan melayan tuntutan selaras dengan prerogatif dipunyai olehnya selaku Perdana Menteri. Kesemua tindakan ini menjadi bukti meyakinkan ahli dan pemimpin UMNO bahawa Ismail Sabri atas kapasiti sebagai Perdana Menteri memang benar-benar menjaga kepentingan parti.

Paling menonjolkan, hakikat Ismail Sabri kini mendapat sokongan amat padu dalam kalangan ahli dan pemimpin UMNO ialah tulisan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Selasa lalu. Mohamed Khaled tidak seperti seorang lagi Naib Presiden UMNO, iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid yang dilihat amat rapat dengan Ismail Sabri.

Mohamed Khaled sebelum ini tidak diketahui umum merupakan penyokong kuat Ismail Sabri, malah ada ketikanya begitu kritikal kepada dasar-dasar kerajaan. Bagaimanapun, kini Mohamed Khaled secara terbuka menyebut Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri mesti diberi ruang untuk menguruskan negara dengan caranya tersendiri. Mohamed Khaled menggesa semua pihak agar objektif, rasional serta tidak bersikap sinis dengan Ismail Sabri kerana beliau tahu bukanlah mudah mengemudi negara dalam keadaan yang sangat mencabar sebegini.

Ini selari dengan gesaan berulang kali Ismail Sabri kepada ahli dan pemimpin UMNO supaya tidak menembak kaki sendiri sebaliknya menumpukan kepada menembak kaki lawan.

Disebutkan juga oleh Mohamed Khaled mengenai betapa beraninya Ismail Sabri membuat keputusan tepat untuk menghapuskan permit import (AP) bagi bahan makanan seperti suatu ‘sumpahan.’ Turut diakui oleh Mohamed Khaled ialah betapa semenjak Ismail Sabri mengambil alih pentadbiran, beberapa pembaharuan politik yang radikal juga dilaksanakan.

Dinyatakan penting untuk kita menghargai kejayaan beliau membanteras kecurangan politik dengan lulusnya Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti yang sangat istimewa kerana setelah begitu lama, ia boleh diselesaikan dalam hanya setahun pentadbirannya.

Sememangnya amat wajar sekali Ismail Sabri diberi ruang masa lebih panjang untuk meneruskan beberapa perkara penting yang belum selesai.

DR. Syed Agil Alsagoff ialah Ketua Pusat Kecemerlangan Komunikasi, Media & Industri Kreatif, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Laporan dan petikan diambil dari Utusan

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img