spot_img
spot_img

Untung bersih S2 Apex Healthcare melonjak 83.2 peratus

spot_img

PETALING JAYA: Apex Healthcare Berhad (Apex Healthcare) mencatatkan lonjakan sebanyak 83.2 peratus dalam keuntungan bersih kepada RM23.49 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2022 (S2 TK2022), berbanding RM12.82 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pendapatan bagi suku tersebut juga menyaksikan peningkatan hingga 14.6 peratus kepada RM209.25 juta daripada RM182.56 juta pada tahun sebelumnya.

Apex Healthcare adalah antara pengeluar dan pengedar produk farmaseutikal serta barangan penjagaan kesihatan pengguna di negara ini.

- Advertisement -

“Prestasi Apex Healthcare untuk S2 TK2022 telah menyumbang kepada prestasi yang kukuh bagi separuh pertama tahun ini, dengan catatan peningkatan sebanyak 58.9 peratus dalam keuntungan bersih kepada RM39.26 juta untuk separuh pertama tahun kewangan 2022 (H1 TK2022), meningkat daripada RM24.7 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2021 (H1 TK2021).

“Pendapatan untuk enam bulan pertama 2022 meningkat 17.4 peratus kepada RM425.17 juta, berbanding RM362.04 juta pada tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan.

Syarikat mengaitkan prestasi kewangan yang kukuh dengan pendapatan dan keuntungan operasi yang lebih baik daripada anak-anak syarikatnya, hasil daripada aktiviti pengguna yang semakin bertambah, lonjakan permintaan terhadap ubatan pernafasan dalam pasaran utama serta bahagian keuntungan selepas cukai yang meningkat dengan ketara daripada syarikat bersekutu, Straits Apex Group Sdn. Bhd. (SAG).

- Advertisement -

Menurutnya, prestasi keuntungan daripada SAG untuk S2 TK2022 adalah RM7.2 juta, peningkatan ketara berbanding RM0.7 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu, setelah tunggakan pesanan diselesaikan dengan segera selepas hasil pengeluaran kembali normal pada suku kedua.

Ketua dan Pegawai Eksekutifnya, Dr. Kee Kirk Chin berkata, pemantapan teras dan kemampuan Apex Healthcare dalam memenuhi permintaan pasaran yang berubah-ubah membolehkan syarikat memberikan prestasi yang cemerlang sejak pandemik melanda.

Katanya, kehadiran subvarian Covid-19 yang mencetuskan gelombang di peringkat global mendorong syarikat untuk terus berusaha keras dalam mengekalkan integriti rantaian bekalan.

“Kami amat menghargai komitmen para pekerja dan rakan kongsi yang bekerja tanpa lelah demi memenuhi peningkatan permintaan terhadap ubat-ubatan,” katanya. – UTUSAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img