spot_img
spot_img

Koperasi digalakkan transformasi ke platform digital

spot_img

TEMERLOH: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) mensasarkan 3,000 kedai koperasi Coopmart menggunakan platform digital sehingga akhir tahun ini dalam urus niaga yang dijalankan.

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, platform digital dalam pemborongan dan peruncitan mampu meningkatkan kecekapan sekali gus menghakis peranan orang tengah.

Menurutnya, sehingga kini, 700 koperasi aktif menggunakan platform digital, 1,300 berdaftar manakala 1,000 lagi dijangka berbuat demikian sebelum hujung tahun ini.

- Advertisement -

Tegas beliau, aktiviti urus niaga keusahawanan menggunakan kaedah moden secara dalam talian berbanding tradisional dapat menjimatkan kos dan meningkatkan keuntungan kerana dikategorikan sebagai sifar kos pemasaran.

“Angkasa bersedia menjadi penggerak aktif menjenamakan 3,000 kedai koperasi ini sebagai Coopmart anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Sebagai penyelaras, Angkasa sedia berbincang dengan pemborong bagi mendapatkan tawaran harga barang berpatutan. Nilai barangan RM10,000 sebagai pusingan kredit dibayar terus kepada pemborong,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke kedai runcit Koperasi Al Furqan Kampung Paya Pulai di sini hari ini.

- Advertisement -

Abdul Fattah dalam pada itu berkata, premis kedai koperasi ini sebelum ini menjayakan program Barang Asas 100 (BA 100) anjuran bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta Angkasa yang diluluskan Jemaah Menteri pada 29 Ogos 2019.

Tambah beliau, bagi meningkatkan nilai tambah, produk keluaran koperasi akan diletakkan pelekat label logo Angkasa di samping logo halal, Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan lain-lain bertaraf antarabangsa.

“Penjenamaan produk yang dijual di premis Coopmart akan meningkatkan keyakinan pengguna sedia ada dan pengguna baharu yang yakin dengan produk dijual. Kualiti barangan akan menjadi pemangkin kepada peningkatan perolehan koperasi sekali gus potensi dividen lebih tinggi kepada ahli,” katanya.

Syarikat digital Jendela Biz (www.jendela.biz) menyediakan platform serta sistem lengkap bagi semua koperasi. Platform dagangannya telah tersedia dan berpotensi digunakan lebih 5 juta pengguna. Sistem bayaran online, ewallet, applikasi adalah antara kunci kejayaan platform digital yang berjaya.

Hubungi syarikat Jendela Biz dengan mendaftar percuma di www.jendela.biz atau email ke support@jendela.biz atau whatsapp di talian 0124216051.

Maklumat lanjut berkenaan platform lengkap digital untuk koperasi boleh dirujuk di sini :

https://jendela.biz/tawaran/tawaran-perniagaan-18-sistem-digital-koperasi-persatuan-kelab-yayasan-ngo

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img