spot_img
spot_img

PH ada peluang jika banyak penjuru : PRU15

spot_img

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — PKR dan Pakatan Harapan (PH) mempunyai kelebihan dalam pertembungan pelbagai penjuru pada pilihan raya umum ke-15, kerana 110 daripada 165 kerusi di semenanjung adalah berbilang kaum, kata timbalan presiden PKR Rafizi Ramli.

Rafizi berkata PH boleh mendapat manfaat dalam ‘perpecahan’ ini dengan memberi tumpuan kepada pengundi atas pagar, kerana beliau berkata mereka lebih suka parti yang mempunyai idea yang lebih membina dan dasar yang konsisten.

“Fokus utama kami adalah untuk memenangi pengundi atas pagar. Kita mempunyai peluang yang baik untuk menawan Putrajaya jika ia boleh memenangi undi mereka yang belum membuat keputusan.

- Advertisement -

Kawasan teras PH menurut Rafizi adalah bandar, separa bandar dan kawasan berbilang kaum.

Rafizi memetik data daripada firma analisis Invoke untuk Jun, yang menunjukkan 62 peratus pengundi menjadi pengundi atas pagar, berkata PH hanya perlu meyakinkan 30 peratus daripada kumpulan ini untuk memenangi majoriti dan membentuk kerajaan persekutuan.

Kebanyakan golongan ini tidak tahu atau belum membuat keputusan dan ada juga yang tidak mahu mendedahkan siapa yang mereka suka, menurut kajian Invoke tersebut

- Advertisement -

Rafizi juga berkata dalam pertarungan banyak penjuru, jika dapat 40 peratus undi, sudah boleh dianggap sebagai pemenang.

“Pada masa ini kita mempunyai 15 peratus penyokong tegar dalam kalangan pengundi, Umno mungkin mempunyai 20 peratus dan Perikatan Nasional mungkin 12 peratus. Namun, yang menjadi kebimbangan sekarang ialah sama ada PKR mampu memaksimumkan kempen pilihan rayanya dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Menurut Rafizi lagi, dalam PH, parti yang paling terkesan dalam pergaduhan pelbagai penjuru ialah PKR. Manakala DAP tidak terkesan kerana parti itu kebanyakannya bertanding di kerusi majoriti Cina dan bukan Melayu.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img