spot_img
spot_img

Kerajaan akur kaji semula RUU rokok & tembakau

spot_img

Parlimen 3 Ogos : Setelah banyak perbincangan dan gesaan, akhirnya kerajaan akur supaya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dikaji semula, menurut ahli parlimen Muar, YB Syed Saddiq.

Dengan sokongan untuk mengkaji semula itu, beliau berkata ia bukan bermakna beliau mahu menolak RUU baru tersebut, tetapi beliau mahu kerajaan memperbaiki lagi supaya tidak memberi kuasa yang terlalu besar kepada pihak penguatkuasaan hingga boleh mendorong kepada penyelewengan atau salah guna kuasa.

Beliau turut menegaskan menyokong sepenuhnya masyarakat bebas rokok dan faham mengenai pembentangan fakta sains dari doktor bahawa produk tembakau merbahaya untuk keseluruhan kesihatab masyarakat.

- Advertisement -

Contoh ‘kuasa terlalu besar’ yang disuarakan oleh Syed Saddiq adalah apabila RUU itu membenarkan pihak berkuasa untuk memberhentikan dan menggeledah kenderaan serta memeriksa apa-apa bagasi, bungkusan dan apa-apa bekas tanpa waran, boleh akses kepada peranti dan komputer untuk mendapatkan maklumat dan boleh memaksa penyerahan kata kunci kepada peranti dan maklumat berkumputer.

RUU asal itu juga membenarkan pihak berkuasa untuk menggunakan kekerasan bagi memecah masuk ke mana-mana premis tanpa waran.

Sebab itu Syed Saddiq bersama majoriti Ahli-Ahli Parlimen yang lain menggesa kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji semula RUU ini.

- Advertisement -

Syed Saddiq juga memberikan contoh penguatkuasaan yang tidak baik untuk rakyat sewaktu era lockdown Covid19 di mana ramai rakyat didenda dari RM1,000 hingga RM50,000 kerana tidak memakai facemask.

Syed Saddiq menyarankan RUU tersebut diubah dan perlu ditambah dengan perkara-perkara berikut; tidak  menjenayahkan kepada pengguna tetapi undang-undang perlu difokuskan kepada sumber & pembekal juga.

Kedua, kajian bersandarkan sains & data perlu dibuat mengikut harm-reduction strategy dan kerajaan perlu mengeluarkan seksyen yang telah lapok dan mudah disalahgunakan.

RUU ini akan dibentangkan semula di dalam Persidangan Parlimen akan datang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img