spot_img
spot_img

Tiada tempat bagi mereka yang persenda agama di negara ini

spot_img

Kuala Lumpur 17 Julai : Tiada tempat atau tolak ansur kepada anasir-anasir menghina agama, termasuk melalui komedi di negara ini.

Ia ditegaskan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, bahawa sesiapa sahaja yang menghina agama akan ditahan

Dengan tegas beliau berkata, tiada tempat pada mereka yang menghina agama di negara ini.

- Advertisement -

“Ia bukan tertakluk kepada Islam (agama) sahaja, tetapi termasuk agama lain”, ujarnya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad juga memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap agama Islam.

- Advertisement -

(Datuk Idris Ahmad)

Beliau menasihati rakyat semua supaya menjaga keharmonian dan keamanan yang dicapai hingga kini daripada pelbagai kaum supaya tidak terjejas.

“Umat Islam khususnya orang Melayu cukup sensitif dengan isu agama, dan mereka sanggup berkorban untuk mempertahankannya”, nasihat beliau dalam nada memberi peringatan kepada semua.

Kecoh minggu lalu, seorang wanita di kelab komedi telah mempersendakan agama Islam. Wanita tersebut dan lelakinya telah ditahan polis untuk siasatan dan kes ini sedang dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

Pemilik kelab komedi tersebut juga ditahan dan kini telah dibebaskan akibat persembahannya dikatakan mempunyai unsur hasutan mengganggu keharmonian kaum.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img