spot_img
spot_img

Rakyat Malaysia patut berhenti rokok dan vape demi kesihatan

spot_img

PETALING JAYA: Salah tanggapan bahawa rokok elektronik lebih selamat daripada rokok biasa adalah antara beberapa faktor kenapa belia menghisap vape, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada akhbar harian theSun.

Pada Februari lalu, Ketua Sektor Kawalan Tembakau Kementerian Kesihatan Dr Nor Aryana Hassan berkata 9.1% atau 300,000 pelajar di Malaysia menghisap vape.

“Sebanyak 40.9% vape sekali sehari manakala 33.9% vape dua hingga lima kali sehari.”

- Advertisement -

Noor Hisham berkata, majoriti remaja menghisap vape kerana ingin mencuba sesuatu yang baru, tertarik dengan rasa dan bau perisa dalam vape serta percaya bahawa produk itu lebih selamat berbanding rokok biasa.

(Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah _ Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia)

- Advertisement -

Noor Hisham berkata, merokok dan vape mempunyai kesan sampingan dan risiko kepada kesihatan manusia, manakala kesan kesihatan jangka panjang rokok elektronik masih belum difahami sepenuhnya. Namun, semakin banyak kajian telah menunjukkan bahawa vape bukanlah alternatif yang selamat untuk berhenti merokok.

Beliau berkata rakyat Malaysia harus berhenti merokok dan vape dengan segera jika mereka mahu mengekalkan kesihatan yang baik.

“Kedua-duanya adalah sama buruk dan boleh menyebabkan masalah kesihatan dan pernafasan yang serius,” tambahnya.

Sementara itu, tinjauan menunjukkan bahawa banyak jenama produk vape mempunyai sedikit amaran kesihatan, selain nikotin sebagai bahan ketagihan.

Ada pengguna berkata mereka beralih daripada merokok kepada vape kerana ia lebih murah daripada rokok dalam jangka masa panjang, dan juga merasakan ia lebih selamat untuk kesihatannya.

Ia juga kurang menyinggung perasaan tidak selesa kepada bukan perokok kerana produk vape biasanya berbau harum.

Pembungkusan produk vape yang berwarna-warni juga menjadikan vape menarik kepada golongan remaja.

Noor Hisham mengulangi bahawa adalah lebih baik untuk berhenti merokok dan vape sama sekali.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img