Kuala Lumpur : Politik negara semakin lama semakin tuduhan, pembongkaran dan skandal didedahkan. Di dalam politik, tiada yang benar atau salah selain yang ditentukan oleh mahkamah, yang ada hanya anda di ‘team‘ siapa ?
Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi mendakwa ahli-ahli Parlimen UMNO yang melompat masuk ke Bersatu selepas tewasnya BN pada PRU14 lalu adalah untuk menyelamatkan diri daripada disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ahmad Zahid yang tidak menamakan ketiga-tiga Ahli Parlimen berkenaan berkata, individu pertama yang melompat parti adalah Ahli Parlimen Masjid Tanah yang kini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
(Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – Presiden UMNO)
Ketika itu, beliau difahamkan individu terbabit diberi amanah mengendalikan dana pilihan raya umum (PRU) tetapi wang berkenaan tidak digunakan untuk PRU bagi menggerakkan jentera Puteri UMNO.
“Sebaliknya, wang itu dikeluarkan daripada tabung dan dimasukkan ke akaun lain untuk tujuan peribadi dan tidak digunakan bagi pergerakan jentera Puteri.
“Ini bukan sahaja diketahui oleh pimpinan tertinggi dan Puteri UMNO tetapi apabila siasatan didengar akan dilakukan, cara untuk selamatkan diri ialah menyertai BERSATU yang ketika itu sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan akhirnya ahli itu selamat.
“Yang kedua ialah seorang menteri. Sebelum PRU beliau adalah pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan yang diberi amanah mengendalikan utusan jentera parti UMNO Kelantan.
“Sebahagian daripada wang itu sepatutnya digunakan untuk urusan logistik membawa pengundi Kelantan di Lembah Klang untuk pulang mengundi di Kelantan. Saya diberitahu lebih RM30 juta tidak digunakan bagi tujuan logistik itu,” katanya.
Namun semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapha Mohamed menafikan dakwaan Zahid, dan berkata semua dana parti diuruskan mengikut garis panduan parti termasuk dana untuk pilihan raya.
(Datuk Seri Mustapha Mohamed)
Mustapa berkata, tuduhan sedemikian berniat untuk mencemarkan reputasinya sebagai ahli Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen. Â Beliau juga telah memberi keterangan kepada SPRM dan pihak polis. “Malah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan ketika itu juga turut memberi penjelasan mengenai pengurusan dana PRU-14 pada 16 Januari 2019,” katanya.
Selepas Datuk Zuraida binti Kamaruddin, keluar dari Bersatu, seorang lagi ahli Parlimen juga meninggalkan Bersatu dua hari yang lalu. Ahli Parlimen dari Sabah, Lahad Datu, Datuk Mohammad Din Ketapi sekali lagi mengumumkan keluar daripada parti. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama turut mengumumkan untuk menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan.
(Datuk Mohammad Din Ketapi)
Beliau menganggotai Bersatu yang saya anggotai sejak November 2021. Menurutnya, keputusan keluar daripada Bersatu ini dibuat kerana beliau tidak diberi peranan seperti yang dijanjikan untuk memperkukuhkan parti itu yang mana sebelum ini dakwanya beliau telah dijanjikan peranan untuk memimpin Bersatu di Parlimen Lahad Datu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, namun setelah lebih enam bulan tiada sebarang peranan yang diberikan.