spot_img
spot_img

Sijil Halal bantu Mi Sedap perluas pelanggan di Asia Tenggara

spot_img

PETALING JAYA: Pensijilan halal membantu memperluaskan capaian pasaran Mi Sedaap kerana pengesahan tersebut menarik populasi Islam yang besar di Malaysia dan Asia Tenggara.

Pengurus Hal Ehwal Peraturan Kawal Selia Gentle Supreme Sdn. Bhd., Eliza Yanti Misri berkata, Mi Sedaap dilancarkan sebagai produk yang disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2012.

“Pada 2023, kami memperkemaskan proses pensijilan halal dengan pengeluar Indonesia kami dan mendapat pensijilan halal daripada BPJPH (Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal) Indonesia.

- Advertisement -

“Pensijilan ini memberi jaminan kepada pengguna bahawa produk tersebut mematuhi undang-undang pemakanan Islam, seterusnya meningkatkan kepercayaan dan memperluaskan asas pelanggan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurut Eliza Yanti, Mi Sedaap mencapai kepimpinan pasaran dalam segmen goreng dalam tahun pertama pelancarannya menandakan keutamaan terhadap rasa yang enak dan kepercayaan yang tinggi terhadap kualiti serta pensijilan halal bagi semua pengguna beragama Islam.

Katanya, Mi Sedaap kekal sebagai pemimpin pasaran yang kuat dalam segmen goreng selama 21 tahun dan terus mengukuhkan kepemimpinan pasaran, dengan bahagian pasaran dua kali lebih tinggi daripada jenama kedua dalam pasaran mi segera goreng.

- Advertisement -

“Pensijilan halal membolehkan pengedaran di pelbagai saluran runcit yang memenuhi keperluan pengguna beragama Islam, termasuk pasar raya besar, pasar raya, pasar raya mini, kedai serbaneka dan platform dalam talian.

“Penempatan strategik ini memastikan kebolehcapaian kepada pelanggan yang prihatin terhadap halal, sekali gus meningkatkan penembusan pasaran,” katanya.

Dalam pada itu, Mi Sedaap bakal kembali berwajah baharu, Korean Spicy Chicken Ramen diadun dengan bahan-bahan premium serta kelazatan rasa asli Korea.

Pek baharu Mi Sedaap adalah bukti komitmennya terhadap inovasi dan kecemerlangan, manakala mi itu sendiri dicipta untuk kesempurnaan dan diperbuat daripada tepung gandum premium dari Australia dan Kanada bagi menghasilkan tekstur yang lebih tebal dan kenyal untuk menyerap kepedasan sos pekat dengan sempurna.

Gabungan cili segar dan rempah-ratus yang berkualiti tinggi, menghasilkan rasa mi yang asli yang mantap, di samping memberi pilihan kepada rakyat Malaysia untuk memilih tahap kepedasan yang mereka gemari.

Sementara itu, Pengurus Negara Gentle Supreme Sdn. Bhd. Ng Hock Guan berkata, rangkaian Mi Sedaap Korean Spicy Chicken sememangnya mempunyai keaslian dari segi rasa dan kini rakyat Malaysia boleh menikmatinya.

“Pengaruh budaya Korea yang sedang melanda negara ini seperti K-drama, K-pop malah makanan Korea memberi kami kesedaran tentang wujudnya jalinan antara rakyat Malaysia dengan apa sahaja yang berkaitan dengan Korea.

“Produk ini adalah cara kami meraikan rakyat Malaysia dengan memberikan rasa asli Korea, yang diadun mengikut kesesuaian citarasa tempatan,” ujarnya.

 

 

 

Sumber – UTUSAN

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img