spot_img
spot_img

Pergolakan dalaman UMNO : antara yang dibuang jawatan dan ada jawatan

spot_img

Sidang media lengkap pendedahan :

 

- Advertisement -

dan jawapan balas dari Ketua Penerangan UMNO Malaysia :

 

- Advertisement -

*UMNO NAK PILIH JALAN MANA?*

Berikutan *pendedahan oleh bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO* TYT Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman. Ramai yang sedang memberi komentar dan *spekulasi tentang keadaan dalaman parti UMNO.*

Sudah tentu *yang paling gembira mendengar dakwaan-dakwaan tersebut adalah pihak lawan*. Segala dakwaan ini menjadi peluru untuk terus menyerang UMNO. *Naratif lawan akan jadi mudah – “bagaimana UMNO hendak jual kestabilan kalau dalam UMNO sendiri tak berpadu?”*

Satu hari ada pihak kata *PM lemah.* Sedangkan beliau sedang sibuk sehabis baik *mengurus negara dalam keadaan ekonomi dan politik cukup mencabar.*

Hari lain pula ada pihak kata *Presiden liabiliti dan lemah juga.* Sedangkan lemah macam mana kalau *dah memimpin kejayaan 7-0 dalam pilihanraya?*

Hari-hari *adu domba dan mesej tular* melabel si polan kluster Putrajaya, si polan kluster PWTC. *Spekulasi tak henti-henti yang ini akan kena pecat yang itu akan kena pecat.* Yang ini akan jadi calon yang itu takkan jadi calon. Ada yang tembak Presiden ada yang tembak PM. *Cybertrooper Umno digerakkan untuk serang orang Umno sendiri.*

*Lawan tepuk tangan. Ahli keliru.*

*Cerita lama tak perlu diungkit dan ditokok tambah.* Hadir dalam mana-mana perjumpaan tak semestinya bermakna menyokong apa-apa gerakan. *Presiden sendiri lebih tahu dan sudah lama tahu tentang hal ini dan biarlah beliau yang mengadili.*

*PAU, PAU Khas, Konvensyen BN sudah menampakkan kesepakatan untuk menuju pilihanraya.* Parti dah buat keputusan. Presiden dan Timbalan jaga parti, PM jaga Kerajaan. Bergerak seiring. Soal lantikan MKT, hak Presiden. *Presiden menang bertanding, hak institusi itu mesti dihormati.*

Soal lantikan Kabinet, biar PM uruskan. Tiada keperluan pertikai persoal terbuka dan menambah perasa. *Beliau Naib Presiden, beliau “poster boy” yang telah direstui dan diputuskan oleh Presiden, Timbalan, MKT dan umumnya, parti.* Tak perlu timbulkan curiga. Takkan orang UMNO rasa elok nak lemahkan PM dan calon PM sendiri?

*Pemilihan selepas PRU. Tarikh PRU top 5 bincang,* bawa ke MKT, kemudian “on”. Tak perlu gaduh, atau syak wasangka.

Kalau boleh berpegang kepada semua ini, *ahli tenang, UMNO menang.*

*Nak pilih yang mana ayahanda semua?*

Parti ini parti yang *sepatutnya di ambang kemenangan.*

Takkanlah kita *nak mengundang kekalahan dengan perpecahan.*

*Pilih kesepakatan. Pilih kestabilan.*

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img