spot_img
spot_img

Warisan mahu bekerjasama dengan parti yang menang PRU15

spot_img

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) bersedia bekerjasama dengan mana-mana gabungan politik yang akan memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi memastikan kestabilan politik dan menjaga kepentingan rakyat negara ini, kata Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Ahli Parlimen Semporna itu berkata ini kerana parti yang menang adalah dipilih rakyat, sambil menambah bahawa dengan bekerjasama dengan parti itu, Warisan menunjukkan ia menghormati pilihan rakyat.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa ia harus menjadi kerjasama yang baik dan adil, serta yang paling penting ia meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya.

- Advertisement -

Beliau berkata tidak kira sama ada yang menang itu adalah BN, PH atau PN, semua pihak perlu menghormati pilihan tersebut dan jangan menolak hak rakyat negara ini. Beliau juga menegaskan untuk menolak budaya lompat-melompat (parti) dan pergerakkan seperti ‘Langkah Sheraton’ kerana itu bukanlah mandat rakyat.

“Selepas pilihan raya, rakyat mahukan kestabilan politik tetapi perlu ada kerjasama yang adil,” katanya menerusi sesi perkongsian dalam talian bertajuk Gabungan dan Pakatan: Demi Rakyat atau Demi Poket yang dipetik dari laporan Bernama.

Sementara itu, Mohd Shafie menegaskan tindakan Warisan melebarkan sayapnya ke semenanjung tidak akan mengubah perjuangan asalnya untuk membela rakyat dan negeri Sabah.

- Advertisement -

Mohd Shafie mahu Parti Warisan mesti berintegrasi dengan seluruh rakyat Malaysia. Dengan nada berseloroh beliau berkata “presiden (Warisan) berasal dari Sabah tetapi isterinya dari Kedah. Kita sedang membina sebuah negara, gabungan politik yang telah berpecah-belah selama beberapa dekad mungkin memerlukan nafas segar dari timur (Malaysia Timur – Borneo),” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img