spot_img
spot_img

KJ mahu warga 40-an ke atas lakukan saringan kesihatan awal

spot_img

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan berhasrat mahu menjadikan sistem penjagaan awal diperkukuhkan lagi sebagai strategi kesihatan awam yang lebih bersifat kalis masa depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, usaha itu termasuk pelaksanaan Inisiatif Saringan Kesihatan Nasional yang menyasarkan lebih 1.5 juta rakyat Malaysia berusia atas 40 tahun.

Beliau akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara sepanjang Julai ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung kes penyakit bukan berjangkit (NCD – Non-Communicable Diseases). Menurut beliau warga 40 tahun ke atas perlu diberi kesedaran tentang pentingnya melakukan saringan awal untuk mengelakkan jatuh sakit teruk dan terpaksa tanggung kos yang mahal untuk rawatan.

- Advertisement -

Hasrat tersebut disampaikan semasa ucapan di Dialog Kepemimpinan Pemikiran Kesihatan Awam di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, Universiti Nasional Singapura baru-baru ini.

Dengan membawa tajuk ‘Penjagaan Kesihatan Awam Kalis Masa Depan’, KJ berkongsi cabaran dan prospek potensi bidang berkenaan di Malaysia pasca pandemik Covid-19 kelak.

Ini termasuk laporan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan sebelum wabak itu muncul pada 2019 lalu yang mendedahkan masalah kesihatan mental kalangan remaja dan dewasa.

- Advertisement -

Tidak ketinggalan ialah belanjawan kesihatan awam di Malaysia yang terpaksa ditanggung kerajaan selain ketidakseimbangan pakar perubatan yang banyak tertumpu di fasiliti swasta.

Mengulas lanjut isu itu, Khairy membayangkan Kertas Putih Kesihatan yang bakal dibentang di Parlimen akhir tahun ini akan merangka strategi reformasi fokus kepada penjagaan awal.

KJ juga menegaskan pihak kerajaan tidak boleh menjamin untuk menanggung sebahagian besar kos rawatan pesakit di fasiliti awam walaupun dianggap seperti pelaburan.

Sebaliknya, rakyat seharusnya sedar untuk lebih mementingkan kesihatan kendiri terutama gaya hidup sihat dalam aspek pemakanan dan senaman bagi mengelak disahkan NCD.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img