spot_img
spot_img

Lupakan MN untuk PRU15

spot_img

BAGAN DATUK:  Kalau perangai ‘talam dua muka’ sememangnya sukar untuk Muafakat Nasional (MN) diteruskan kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada PAS.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, UMNO mahu rakan yang setia dalam MN bukan sahaja berdasarkan daripada kenyataan-kenyataan dikeluarkan tetapi juga menerusi tindakan dan keputusan yang dibuat oleh parti tersebut.

“Kita (UMNO) tidak ambil kira soal kononnya politik matang iaitu siang cakap lain, malam (boleh) cakap lain, esok cakap lain lagi.

- Advertisement -

“Kita tidak mahu ada sindir-menyindir, kita tahu mana yang mutu, mana yang manikam, sekilas ikan di air, kita tahu jantan betinanya, ” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Aidilftri anjuran beliau dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis di Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Zahid,  setakat ini UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpendirian bergerak bersendirian pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bukannya menggunakan gagasan MN.

Jelas beliau, ia kerana UMNO sudah memberi cukup ruang dan peluang kepada Pas untuk meneruskan program penyatuan ummah menerusi MN tetapi sikap parti itu tidak ke arah itu.

- Advertisement -

“Lebih baik untuk kedua-dua parti melupakan hasrat menggunakan gagasan MN untuk menghadapi PRU-15,” katanya.

Beliau juga berpandangan adalah lebih elok untuk pemimpin kedua-dua parti menghormati pendirian yang dibuat oleh badan tertinggi parti masing-masing.

Ahmad Zahid juga menjelaskan pendirian untuk menghormati keputusan dibuat UMNO Terengganu untuk tidak bekerjasama dengan Pas sebaliknya bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, penyatuan ummah menerusi MN yang digagaskan oleh Pas dan UMNO disifatkan sebagai formula terbaik.

Takiyuddin berkata, penyatuan itu bukan terhad kepada parti-parti tertentu sahaja, sebaliknya boleh disertai mana-mana parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang mempunyai matlamat sama iaitu ke arah penyatuan ummah seperti yang termaktub dalam piagam itu.

Oleh itu, Pas dilaporkan masih lagi menyeru supaya penyatuan ummah membabitkan semua pihak terutamanya parti-parti Melayu Islam, bumiputera dan parti bukan Melayu yang tidak ekstrem sebagaimana disebut Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Mengulas cadangan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, agar tindakan dikenakan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah yang enggan mengiktiraf kerajaan sekarang seperti laporan media semalam, Ahmad Zahid berkata, pihaknya mengambil sikap terbuka untuk menyantuni semua perbezaan pendapat.

Jelas Ahmad Zahid, Lembaga Disiplin UMNO kebiasaannya mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pemimpin atau ahli yang melakukan tindakan merosakkan perpaduan parti.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img