spot_img
spot_img

Tak batal puasa korek hidung

spot_img

PETALING JAYA – Pendapat berhubung korek hidung dan telinga membatalkan ibadah puasa sering kita dengari di bulan Ramadan.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus bagaimanapun menjelaskan perbuatan tersebut sebenarnya tidak membatalkan ibadah puasa.

Jelasnya, perbuatan korek hidung atau telinga tidak sesekali membatalkan puasa kerana perbuatan tersebut ada tahap-tahap tertentu.

- Advertisement -

“Tidak batal jika korek hidung jangan sampai ke otak dan telinga pula jangan sampai dalam dan terkena gegendang telinga.

“Jarang orang korek hidung dengan pemulas skru dan jarang juga orang masukkan pemberus botol dalam mulut, ” jelasnya menerusi satu ceramah di Youtube baru-baru ini.

Katanya lagi, Tuhan telah menciptakan lima jari pada setiap manusia yang mempunyai kelebihan yang berlainan.

- Advertisement -

“Cuba tengok jari kelingking kita, itu gunanya untuk korek hidung dan telinga. Jari tu paling kecil.

“Cuba anda korek dengan jari tersebut, adakah akan masuk terlalu dalam? Tidak akan sampai ke dalam, itu kehebatan ciptaan Tuhan, ” jelasnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img