spot_img
spot_img

Ratu England lucut gelaran anaknya

spot_img

Ratu Elizabeth II telah melucutkan semua gelaran tentera dan naungan diraja anaknya, Putera Andrew beberapa hari selepas Duke of York itu, akan menghadapi perbicaraan sivil di New York selepas usulnya untuk menolak kes serangan seksual Virginia Giuffre, ditolak oleh hakim.

(Putera Andrew)

- Advertisement -

Kenyataan dari Istana Buckingham berkata kini Duke of York tidak akan menjalankan sebarang tugas awam dan harus mempertahankan kes ini sebagai warganegara atau individu.

Walaupun gelaran HRH His Royal Higness (Yang Mulia), yang dikurniakan kepadanya semasa lahir, tidak dibuang, putera raja itu bersetuju yang dia tidak akan lagi menggunakan gelaran itu dalam kapasiti profesional, lapor BBC.

Tindakan pantas daripada Permaisuri England itu datang apabila Putera Andrew akhirnya akan menghadapi perbicaraan sivil.

- Advertisement -

Putera Andrew sebelum ini tidak mahu melepaskan semua gelarannya yang membawa pengaruh dan menjadi ketua dalam organisasi serta badan amal. Bagaimanapun, berikutan campur tangan Ratu, Putera Andrew kini telah melepaskan naungannya yang masih ada.

Ratu England adalah ketua angkatan tentera British, dengan kuasa untuk mengurniakan pelantikan tentera kehormat, Putera Andrew juga mempunyai beberapa gelaran dalam Tentera Laut Diraja, Tentera Udara Diraja dan Tentera termasuk Kolonel Pengawal Grenadier, Kolonel-in-chief. Rejimen Diraja Ireland dan kolonel Diraja Rejimen Diraja Scotland.

Putera raja itu kini tinggal sebagai warganegara “swasta”, walaupun berdarah kerabat di raja.

Namun begitu, pasukan undang-undang diraja Britain meminta kes Giuffre itu ditolak atas dasar bahawa ia tidak cukup bukti, sebahagian besarnya disebabkan oleh penyelesaian yang ditandatanganinya pada 2009 dengan Epstein, yang didakwa oleh Putera Andrew membebaskannya daripada sebarang liabiliti (Jeffrey Edward Epstein ialah seorang tokoh kewangan Amerika Syarikat dan disabitkan atas kesalahan seks bawah umur). Bagaimanapun, seorang hakim menafikan usul itu, dengan menyatakan bahawa perjanjian 2009 tidak jelas dan tidak boleh digunapakai untuk melindungi Putera Andrew dari dibicarakan.

(Mendiang Epstein kiri dan Putera Andrew kanan)

Ini bermakna bahawa kerabat di raja itu, yang kesembilan dalam barisan takhta, akan dipaksa untuk melawan dakwaan Giuffre mengenai serangan seksual di mahkamah New York.

Giuffre mendakwa bahawa Putera Andrew telah menyerangnya secara seksual ketika dia berumur 17 tahun. Dia menyaman atas dasar menyebabkan tekanan emosi yang disengajakan.”\ Giuffre telah lama mendakwa dia menjadi mangsa kumpulan pemerdagangan seks yang diketuai oleh Epstein di mana ahli perniagaan itu yang kini sudah meninggal dunia, mahu rakan-rakanya bertanggungjawab.

Memandangkan kes itu adalah kes sivil, putera raja itu tidak akan menghadapi hukuman penjara, tidak seperti rakan karibnya Ghislaine Maxwell, yang baru-baru ini disabitkan atas tuduhan pemerdagangan seks yang dikaitkan dengan aktiviti Epstein.

 

Foto : The Indan Express

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img