spot_img
spot_img

Hanya TM dan YTL mulakan 5G

spot_img

KUALA LUMPUR (15 Dis): Digital Nasional Bhd (DNB) mengumumkan bahawa Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi pihak Unifi Mobile dan YTL Communications Sdn Bhd bagi pihak Yes akan menjadi dua pengendali pertama di negara ini yang menyediakan akses 5G kepada pelanggan masing-masing dalam kawasan liputan.

DNB mengumumkannya pada hari ini sebagai langkah pertama negara ke arah masa depan 5G, dengan piawaian telekomunikasi terkini yang bermula di kawasan tertentu di seluruh Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

DNB berkata ia juga akan menawarkan perkhidmatan borong 5G secara percuma kepada semua pengendali rangkaian mudah alih (MNO) yang disepadukan ke dalam rangkaiannya. Tawaran ini terpakai untuk tapak langsung 5G di kawasan tertentu di seluruh Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur sehingga 31 Mac 2022.

- Advertisement -

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif (CEO) DNB Ralph Marshall mengalu-alukan TM dan YTL Communications ke dalam rangkaian DNB.

Untuk informasi, TM ialah penyedia telekomunikasi tertua di negara ini, telah memperkenalkan perkhidmatan telekomunikasi sejak tahun 1984, manakala YTL Communications adalah penyedia rangkaian 4G termuda di Malaysia.

Jumlah bersama pelanggan mereka ialah hampir 4.5 juta pelanggan dan purata permintaan data bulanan sebanyak 40GB hingga 50GB setiap pelanggan.

- Advertisement -

Menurut DNB lagi, TM dan YTL Communications ialah dua syarikat pertama yang mengambil kesempatan daripada tawaran DNB bagi perkhidmatan borong 5G percuma kepada semua MNO yang disepadukan ke dalam rangkaian DNB.

Pengguna akhir dengan peranti yang menyokong 5G akan dapat menikmati kelajuan purata 100Mbps.

DNB berharap semua MNO akan menyediakan perkhidmatan 5G kepada pelanggan mereka melalui peranti yang serasi 5G di dalam kawasan liputan mereka.

DNB yang bertindak sebagai pembekal perkhidmatan borong 5G, menyatakan komitmen mereka sekali lagi di mana tidak akan bersaing dengan pemain industri di dalam menyediakan perkhidmatan runcit 5G kepada pengguna akhir.

Sebaliknya, DNB sedang melengkapkan usaha oleh MNO dengan tujuan untuk mempercepatkan penggunaan 5G di negara ini.

“Pengguna akhir digalakkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing untuk bertanya tentang ketersediaan 5G,” menurut sumber pengurusan DNB.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img