spot_img
spot_img

PN yakin menang PRU15

spot_img

KUALA LUMPUR, 4 Dis — Bekas perdana menteri dan Presiden parti Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melahirkan keyakinan bahawa gabungan Perikatan Nasional (PN) akan menjadi pilihan rakyat pada pilihan raya umum ke-15 nanti.

Beliau berkata demikian berdasarkan sokongan yang diterima PN semasa pilihan raya negeri Sabah tahun lepas.

Menurut beliau yang kini Pengerusi Majlis Pemulihan Negara itu, PN memenangi bilangan kerusi terbanyak bersama dalam gabungan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

- Advertisement -

Muhyiddin menambah bahawa pada pilihan raya negeri Melaka baru-baru ini, walaupun PN hanya memenangi dua kerusi DUN, sokongan kepada PN amat ketara, terutama dari kalangan pengundi muda.

“Saya optimis PN akan menjadi gabungan politik pilihan rakyat pada PRU15′, katanya ketika berucap pada Perhimpunan Tahunan Gerakan ke-50 hari ini.

PN menawarkan pentadbiran yang prihatin rakyat dan berintegriti, dan beliau yakin ia selaras dengan nilai dan aspirasi majoriti rakyat Malaysia dan seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

- Advertisement -

Jelas beliau, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 ialah untuk memastikan bahawa tiada siapa yang akan ketinggalan.

Rakyat berhak berkongsi khazanah kekayaan dan pembangunan negara bersama-sama tanpa ada yang ketinggalan. Ini adalah komitmen PN, jelas Muhyiddin.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img