spot_img
spot_img

Pereka fesyen LV meninggal dunia

spot_img

(29 Nov): Virgil Abloh, pereka bintang LVMH (Moët Hennessy Louis Vuitton), antara tokoh kulit hitam berprofil tinggi dalam fesyen mewah, meninggal dunia pada Ahad lalu di usia 41 tahun selepas bertarung dengan kanser selama beberapa tahun. Kematiannya membawa kepada kesan emosi sedih daripada dunia fesyen dan selebriti hiburan di seluruh dunia.

Paparan di akaun Instagram Abloh mengatakan bahawa dia secara peribadi sedang bertarung dengan penyakit angiosarcoma jantung, sejenis kanser yang jarang berlaku dan ianya agresif, sejak tahun 2019. Penghormatan untuk pereka fesyen itu akan diadakan di Miami pada hari Selasa kerana Louis Vuitton telah merancang catwalk untuk mempamerkan musim bunga- koleksi musim panas 2022 di bandar itu.

Kematian Abloh telah mengejutkan dunia fesyen, di mana dia diingati bukan sahaja kerana pengaruhnya terhadap pakaian jalanan (street wear) dan budaya kasut dengan jenamanya Off-White, tetapi juga kejayaannya dalam menghidupkan semula Louis Vuitton selepas pelantikannya sebagai ketua reka bentuk pakaian lelaki pada 2018. Pada bulan Julai, LVMH membeli 60% pegangan dalam Off-White dan memberikan Abloh peranan yang lebih luas di syarikat itu, memberikannya kuasa untuk mencipta jenama baharu yang akan melangkaui fesyen.

- Advertisement -

“Kami semua terkejut,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LVMH Bernard Arnault. “Virgil bukan sahaja seorang pereka yang pintar, seorang yang berwawasan, dia juga seorang lelaki yang mempunyai hati yang baik dan bakat yang hebat.”

LVMH menggunakan khidmat Abloh untuk membantu firma itu mempengaruhi kumpulan pengguna yang lebih muda dan lebih pelbagai etnik. Di zaman media sosial ini, pereka itu menaikkan dirinya berbanding pereka fesyen lain dengan memperoleh lebih daripada 6 juta pengikut Instagram, di mana paparannya lebih mencerminkan inspirasi hariannya serta ciptaan terbaru, kerjasama dan penerokaan fesyen terkini.

Pereka fesyen lain termasuk Stella McCartney dan Donatella Versace menunjukkan penghormatan kepada Abloh di laman sosial mereka.

- Advertisement -

Dalam satu kenyataan, Ralph Toledano, presiden Persekutuan Haute Couture dan Fesyen Perancis memuji Abloh kerana “kesediaannya untuk memecahkan halangan.” Gucci, jenama terbesar yang menjadi pesaing LVMH, berkata dalam catatan, Abloh adalah “inspirasi kepada kita semua.”

Pengaruh Abloh melangkaui fesyen. Dia mereka bentuk kulit album untuk artis termasuk Kanye West dan menganggap ramai artis termasuk penyanyi rap Kanada Drake sebagai kawan rapat. Kumpulan pop Korea Selatan BTS menggelar Abloh sebagai “bijak dan kreatif sejati” di akaun Twitter rasmi mereka.

Dalam arena sukan, reka bentuk Abloh paling ketara adalah di dalam NBA melalui kempen Louis Vuitton dengan liga dan dalam kolaborasi Off White x Nike yang dipakai oleh bintang termasuk Russell Westbrook, Draymond Green dan Jordan Clarkson. Abloh juga bekerjasama dengan Nike untuk mereka bentuk but untuk bintang Paris St-Germain Kylian Mbappé.

Louis Vuitton, yang reka bentuk pakaian wanitanya diketuai oleh pengarah artistik Nicolas Ghesquiere, merupakan sebahagian daripada unit fesyen dan barangan kulit di LVMH yang menyumbang lebih daripada 41% hasil di kumpulan syarikat itu pada 2019.

Penganalisis Sanford C. Bernstein, Luca Solca berkata, dia menganggarkan sumbangan pakaian lelaki kepada jumlah hasil keseluruhan di Louis Vuitton ialah 5%-7% ,” dengan selebihnya datang daripada pakaian wanita serta beg dan aksesori. Solca menjangkakan untuk melihat permintaan meningkat dalam jangka masa pendek ini untuk kedua-dua pakaian lelaki Louis Vuitton dan Off-White kerana pengguna mahu “mendapatkan ciptaan terakhirnya.”

“LVMH mungkin mempunyai masa untuk mengubah rancangan penggantian untuk kedua-dua peranan pengarah kreatif, kerana penyakit Abloh sudah lama diketahui,” tambah Solca. “Kedua-dua jawatan itu bakal menarik minda paling kreatif di dunia,” dia meramalkan.

Abloh dilahirkan di Rockford, Illinois, pada 30 September 1980 kepada ibu bapa warga Ghana. Beliau memperoleh ijazah kejuruteraan awam dari Universiti Wisconsin-Madison sebelum menamatkan ijazah sarjana dalam seni bina di Institut Teknologi Illinois. Abloh meninggalkan isterinya, Shannon, dan dua anak mereka, Lowe dan Grey.

foto : upi.com

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img