spot_img
spot_img

Pekerja teknologi di semua bidang penting di era digital untuk perniagaan

spot_img

KUALA LUMPUR (30 Nov): Peningkatan bilangan pekerja yang mahir teknologi di dalam perniagaan akan menyerlahkan anjakan ketara dalam cara organisasi mengenai teknologi dan analitik.

Mereka ialah pekerja yang membina keupayaan teknologi atau analitik untuk kegunaan perniagaan dalaman dan luaran, tetapi mereka tidak termasuk di jabatan teknologi maklumat (IT).

Firma penyelidikan dan perunding teknologi Gartner Inc pada Isnin (29 Nov) berkata teknologi tidak lagi dikhaskan semata-mata untuk jabatan IT, dan empat daripada lima ahli teknologi bekerja di bidang perniagaan di luar IT.

- Advertisement -

Ia berkata organisasi yang menyokong pekerja teknologi perniagaan secara berkesan adalah 2.6 kali lebih cepat untuk transformasi digital mereka.

Menurut Gartner, 41% pekerja boleh digambarkan sebagai ahli teknologi perniagaan, walaupun bilangan ini berbeza dengan ketara mengikut industri.

Ia berkata sebagai contoh, ia lebih hampir kepada 25% dalam sektor yang kurang berintensif teknologi seperti kerajaan, tetapi bagi sektor berintensif IT seperti tenaga, ia lebih hampir kepada 50%.

- Advertisement -

Gartner berkata disebabkan pendemokrasian pembangunan keupayaan, ahli teknologi perniagaan boleh mengambil inisiatif digital untuk membuahkan hasil dan memperoleh nilai dalam jangka masa yang cepat.

Selain itu, ia berkata mereka boleh berjaya mengatasi cabaran oleh pesaing digital dan halangan-halangan dalam perniagaan yang tidak tepat pada masanya.

Mempunyai pekerja teknologi di dalam perniagaan dan meletakkan IT di hadapan adalah sangat penting hari ini, kata firma itu.

Gartner berkata tugas pekerja teknologi perniagaan boleh diberikan kepada empat kategori utama:

-Mengejar kecekapan menggunakan kecerdasan buatan (Artificial Intelligent) dan analitik lanjutan, dan menerapkannya pada perkara seperti harga, pemasaran dan pembangunan (R&D)

-Mengoptimumkan keseluruhan sistem perniagaan dengan menggunakan analitik ramalan untuk meminimumkan masa yang mungkin dibazirkan.

-Automasi tugas yang dulunya manual dengan automasi proses robotik untuk meningkatkan produktiviti.

-Penyepaduan pengalaman pelanggan merentas pelbagai saluran dan menyampaikan pengalaman omnichannel (banyak platform) kepada pelanggan.

Ia berkata ini adalah bidang tumpuan yang penting, yang menjadikannya agak jelas bahawa pekerja teknologi di dalam perniagaan bukan memberi sumbangan yang sedikit dalam membina perniagaan dengan cemerlang tetapi secara aktif menyumbang ke arah keupayaan paling penting dan berkesan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img