spot_img
spot_img

MCA main isu Timah untuk tarik sokongan bukan Islam – Guan Eng

spot_img

KUALA LUMPUR, 13 Nov — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mendakwa Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong menggunakan wiski Timah untuk memenangi sokongan masyarakt bukan Islam.

Lim berkata Wee bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi Datuk Seri Alexander Nanta Linggi harus malu kerana mereka tidak dapat menangani perkara mudah seperti nama yang jelas merujuk kepada ‘bijih timah’ — sehinggakan isu itu memerlukan campur tangan Kabinet.

Kata Lim Guan Eng lagi, Wee menggambarkan keputusan Kabinet yang membenarkan penggunaan wiski nama Timah sebagai satu kemenangan besar bagi masyarakat bukan Islam, tetapi sebenarnya menurut Guan Eng ia menunjukkan betapa merosotnya kepentingan dna isu bukan Islam dijaga apabila MCA kembali menjadi kerajaan.

- Advertisement -

Guan Eng berkata semasa sesi maya ceramah di Melaka, Malaysia telah menjadi sebagai bahan ketawa antarabangsa dengan isu sebegini.

Guan Eng juga mengkritik keputusan mengenai nama Timah pada wiski, tetapi larangan penjualan alkohol di kedai perubatan Cina dan kedai runcit di Kuala Lumpur masih dikuatkuasakan.

Larangan penjualan arak oleh DBKL di ibu kota jelas mengganggu amalan perniagaan tradisional dan gaya hidup masyarakat bukan Islam yang bertentangan dengan Keluarga Malaysia dan kepelbagaian berbilang kaum dan budaya di Kuala Lumpur, menurut Guan Eng.

- Advertisement -

Hari ini Wee Ka Siong berkata dalam satu kenyataan bahawa Kabinet telah membenarkan jenama wiski Timah untuk mengekalkan namanya. Tetapi pengilang perlu memasukkan label tambahan pada botol wiski untuk menjelaskan rujukan namanya adalah “bijih timah”

Beliau menambah bahawa kerjasama Alexander dalam perkara itu telah menghalang helah Pakatan Harapan yang bermain dengan isu agama dan etnik yang tidak dapat berjaya.

Wiski buatan Malaysia itu, “Timah” dijual pada harga RM190 sebotol dan mengandungi 40 peratus alkohol.

Syarikat itu sebelum ini menjelaskan bahawa nama “Timah” merujuk kepada perlombongan bijih timah di Tanah Melayu semasa era penjajah, manakala lelaki yang digambarkan pada label wiski itu ialah Kapten Speedy, yang dikatakan telah memperkenalkan budaya wiski ke negara ini.

Syarikat itu berkata berdasarkan latar belakang sejarah inilah nama “Timah” digunakan dan ia tidak bertujuan untuk mencetuskan sebarang kontroversi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img