spot_img
spot_img

PAS adalah broker bukan king maker – Utusan

spot_img

SEMALAM muktamar tahunan Pas berlangsung di Terengganu dengan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menanamkan keyakinan bahasa parti itu adalah penentu atau kingmaker pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pada masa yang sama di Kuala Lumpur, Barisan Nasional mengumumkan bahawa mereka akan bertanding secara sendirian di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini. Ia seperti memberi isyarat bahawa BN tidak perlukan Muafakat Nasional (MN) apatah lagi Perikatan Nasional (PN). Kalau BN menang maknanya mereka tidak memerlukan apa-apa muafakat atau pakatan dalam mengharungi PRU15.

Berdasarkan kepada ucapan Abdul Hadi itu, Pas cukup yakin untuk menjadi kingmaker. Realitinya untuk menjadi kingmaker, Pas perlu ada keupayaan. Bukan setakat keupayaan menang kerusi pada pilihan raya, tetapi juga keupayaan untuk mentadbir di peringkat persekutuan.

- Advertisement -

Untuk menjadi kingmaker Pas tidak boleh sekadar selesa dengan menjadi kerajaan di tiga negeri sahaja iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah. Parti yang membawa nama Islam itu sepatutnya perlu lebih menonjol di peringkat pusat. Setakat ini ramai pemerhati melihat para pemimpin Pas yang menganggotai Kabinet masih berada di bawah bayang-bayang UMNO dan Bersatu. Kata mereka, jika mahu jadi kingmaker Pas perlu ada pemimpin yang menonjol atau outstanding di peringkat nasional.

Jika sekadar mencukupkan korum bagi membentuk kerajaan itu belum boleh digelar kingmaker. Sebaliknya itu hanyalah broker. Sifat-sifat broker ialah bergantung hidup kepada komisen. Sebagai broker dalam membantu pembentukan kerajaan PN sebelum ini, komisen yang diterima Pas ialah beberapa jawatan kurang utama dalam Kabinet di samping beberapa pemimpinnya diangkat mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Itu habuan yang diterima oleh Pas sebagai broker politik yang dimainkannya selepas Pilihan Raya Umum 14 (PRU14).

Untuk jadi kingmaker Pas perlu lebih dari itu. Pas perlu ada pemimpin yang dihormati di setiap peringkat dan boleh diterima oleh semua kaum di negara ini. Kingmaker mestilah mempunyai kredibiliti dan integriti yang tinggi. Bukannya pemimpin yang menjadi bahan jenaka ekoran kenyataan yang tidak ada wibawa.

- Advertisement -

Tambahan pula seperti kata Abdul Hadi, Pas adalah parti yang menegakkan konsep kepemimpinan Islam berprinsip, maka parti itu perlu tampil lebih ampuh dan lebih menyakinkan, Bukannya sekadar menang 18 kerusi dari 156 kerusi Parlimen yang ditandingi sudah boleh diangkat sebagai kingmaker.

Pas sepatutnya mengambil kesempatan daripada kegawatan politik dalam UMNO dan BN serta kelemahan dalam Bersatu untuk tampil sebagai sebuah parti Melayu yang dominan. Melalui dominasi sahaja Pas boleh jadi kingmaker termasuk dengan mengambil alih peranan UMNO sebagai parti Melayu utama di negara ini. Jika tidak, Pas hanyalah pelengkap untuk orang lain mencapai cita-cita politik mereka.

Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img