spot_img
spot_img

Katak merosakkan PH – Rafizi

PETALING JAYA: Bekas ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli menyifatkan usaha membawa masuk pemimpin ‘katak’ Melaka bukan sahaja tidak cerdik malah mengulangi sejarah permohonan Parti Bersatu Malaysia Malaysia (Bersatu) ke dalam Pakatan Harapan (PH) pada 2016.

Menurut Rafizi yang dipetik Utusan, langkah pemimpin-pemimpin PH yang kononnya mendakwa langkah membawa masuk bekas-bekas pemimpin UMNO (juga dari Bersatu) boleh membantu melonjakkan kemenangan dalam Pilihan Raya Negara (PRN) Melaka adalah membawa bencana.

Penyertaan Bersatu sebagai komponen PH lima tahun lalu dikatakan adalah strategi ‘ke laut’ apabila akhirnya mereka sendiri mencetuskan budaya ‘katak’. DAP dan Amanah dikatakan sangat mahukan Bersatu menyertai pakatan itu, manakala pemimpin PKR menentangnya.

- Advertisement -

“Semasa rundingan permohonan Bersatu nak masuk PH dulu pada 2016, saya dan sahabat-sahabat mewakili PKR dalam Majlis Presiden berkeras dengan parti itu hanya diterima sebagai sekutu pilihan raya, bukannya anggota PH supaya keputusan PH tidak kacau-bilau.

Sikap ahli parlimen yang lampat – melompat itu dikatakan oleh Rafizi sebagai kacau-bilau. Segala strategi tidak berjaya dengan istilah ‘kelaut’ kerana beliau mengatakan Bersatu yang mempelopori budaya ‘katak’.

Pada PRN Melaka tidak lama lagi, kedengaran juga pemimpin Amanah ingin membawa bekas pemimpin UMNO dan Bersatu termasuk Datuk Seri Idris Haron untuk membantu kemenangan kepada PH dalam PRN Melaka. Namun Rafizi berkata Amanah harus memberi penjelasan yang jelas kerana penyokong PH yang kebanyakannya dari PKR tidak gembira dengan langkah ini dan mengkritik mereka.

- Advertisement -

Sudah sampai masanya Presiden Amanah dan Pengerusi Amanah Melaka pula cuba meyakinkan pendokong PH di luar ini setakat mana kemasukan ‘katak-katak’ politik akan memberi lonjakan yang boleh memenangkan PH di Melaka, tegas Rafizi dalam kenyataan tersebut.

Rafizi berkata beliau tidak akan lupa pengajaran lalu sampai mati, kerana jika sudah berkali-kali tewas tetapi melakukan perkara sama, ia merupakan suatu kebodohan bagi dirinya.

comments

Terkini

spot_img
spot_img