spot_img
spot_img

KJ jadi Naib Presiden WHA

spot_img

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini dinamakan sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 akan datang yang akan berlangsung dari 22 hingga 28 Mei 2022 di Geneva.

“Terima kasih kepada semua negara @WHOWPRO kerana sebulat suara mencalonkan Malaysia sebagai Naib Presiden untuk WHA 2022. Kami akan membawa suara negara-negara Pasifik Barat ke perhimpunan dunia terutamanya mengenai prinsip ekuiti, perpaduan dan akauntabiliti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sememangnya satu penghormatan bagi Malaysia untuk dianugerahkan Naib Presiden WHA dan ini akan menjadi peluang untuk meneruskan peranan yang lebih besar dalam arena kesihatan global.

- Advertisement -

“Hari ini saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pada Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke-72 bagi Wilayah Pasifik Barat (WPR) di Himeji Jepun, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin telah dicalonkan sebulat suara oleh negara anggota Pasifik Barat sebagai Naib Presiden WHA ke-75 akan datang.

“WHA bekerjasama dengan 194 negara anggota dan ia merupakan badan pembuat keputusan tertinggi WHO. Malaysia diberi pengiktirafan sewajarnya atas peranan aktifnya dalam platform kesihatan global dalam WHA ke-69 pada 2015 dan sekali lagi dalam WHA ke-75 akan datang pada 2022 yang mewakili semua 37 negara anggota daripada WPR,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook hari ini.

Tambahnya, Malaysia juga secara kebetulan berkhidmat dalam lembaga eksekutif WHO dari 2021 hingga 2024. — petikan Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img