spot_img
spot_img

PRU14 pengundi tak tengok rekod khidmat pun ..

spot_img

Kuala Lumpur : Veteran politik UMNO, Tan Sri Shahrir Samad mengingatkan ahli-ahli Pakatan Harapan yang menang pada pilihanraya yang ke 14 lalu supaya tidak berasa bangga di atas kemenangan mereka.

Menurut beliau, ramai wakil rakyat dari PH yang menang tempohari tidak pernah langsung mempunyai rekod khidmat kepada rakyat. Beliau memberi contoh seperti ahli parlimen Alor Gajah Datuk Seri Redzuan dan ahli parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming yang pertama kali menang pada PRu14 lalu.

Berbanding dirinya yang menang 7 penggal termasuk atas tiket bebas di Johor Bahru, beliau menganggap bahawa PRU14 lalu adalah kerana rakyat ingin menukar kuasa, bukan untuk melihat rekod khidmat wakil rakyat.

- Advertisement -

Tetapi kini era pandemik Covid19, khidmat bakti kepada masyarakat akan kembali menjadi kayu pengukur kepada faktor kemenangan calon PRU15 kelak. Beliau berkata ini pada satu rancangan terbitan Bernama Ruang Bicara yang turut dihadiri oleh ahli parlimen Alor Gajah Datuk Seri Redzuan dan Nga Kor Ming.

Tan Sri Shahir juga secara berseloroh mengingatkan semua panel dan pengacara bahawa beliau adalah salah seorang ‘kluster mahkamah’ tetapi berterima kasih kerana berani memanggilnya untuk bersama di dalam rancangan tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img