spot_img
spot_img

Elon Musk ‘ambil hati’ China

spot_img

(17 Sept): Elon Musk memuji pengilang kenderaan China sebagai “yang paling kompetitif di dunia” di forum online, di mana pengasas Tesla Inc. itu juga menyentuh keselamatan data dan “potensi besar” China sebagai pasaran kenderaan elektrik dunia.

Kemunculan Elon Musk di World New Energy Vehicle Congress adalah dinantikan, yang berlangsung di pulau selatan di China, Hainan. China adalah pasaran EV (Electric Vehicle) terbesar di dunia dan oleh itu sangat penting bagi Tesla, terutama selepas rosaknya reputasi Tesla di negara ini.

“Saya sangat menghormati pengilang kenderaan China” bagi menggerakkan teknologi EV, kata Musk yang online hampir tiga minit, dengan memerhatikan bahawa pengilang kenderaan di China pakar dalam perisian (software). “Sentimen dan sokongan orang ramai terhadap kenderaan elektrik tidak pernah berubah kerana mereka tahu itu adalah masa depan.”

- Advertisement -

Dipermulaan dahulu, Elon Musk menikmati sambutan karpet merah di negara itu, termasuk menjadi satu-satunya pembuat kenderaan asing yang dibenarkan untuk memiliki sepenuhnya operasi tempatan, tetapi Tesla telah mengalami beberapa cabaran tahun ini. Protes oleh pemilik yang tidak berpuas hati denhan kenderaan Tesla di pameran kenderaan Shanghai pada bulan April menjadi tular di media sosial dan diikuti oleh beberapa kejadian kemalangan, isu pengawasan peraturan keselamatan dan isu perkhidmatan pelanggan.

Tesla juga menghadapi persaingan yang lebih sengit dari pengeluar baru EV tempatan termasuk Xpeng Inc., Li Auto Inc. dan Nio Inc.

Penghasilan Tesla yang dibuat di kilang China itu telah meningkat jualan tempatannya bulan lalu, dan eksport dari kilang Shanghai – kebanyakannya ke pasaran Eropah – melonjak. Itu menyaksikan penghantaran keseluruhan Tesla dari China pada bulan Ogos meningkat 34% dari bulan Julai kepada 44,264 buah kenderaan.

- Advertisement -

Tesla bulan lalu menghentikan sementara beberapa operasi di kilangnya di Shanghai kerana kekurangan peringakat global akan semikonduktor. Ia satu cabaran bagi pembuat kereta elektrik, lapor Bloomberg News. Sebilangan bahagian pengeluaran di kilang China dihentikan kira-kira empat hari pada bulan Ogos lepas kerana kekurangan semikonduktor tersebut.

Musk juga bercakap mengenai keselamatan data semasa penampilannya pada hari Jumaat lalu, dengan mengatakan bahawa ia adalah tonggak utama industri ini untuk ia berkembang.

“Tesla akan bekerjasama dengan pihak berkuasa nasional di semua negara untuk memastikan keselamatan data risikan dan kenderaan terus disambung,” katanya. “Dengan pertumbuhan teknologi pemanduan automatik yang pesat, keselamatan data kenderaan menarik perhatian masyarakat lebih daripada sebelumnya.”

Awal tahun ini, Beijing meminta agar Tesla menyimpan semua data yang dikumpulkan oleh keretanya di pasaran tempatan, setelah kenderaan tersebut dilarang memasuki perkarangan tentera dan beberapa kawasan kerajaan kerana bimbang kamera Tesla dapat digunakan untuk mengintip.

Perintis EV itu segera berjanji untuk mematuhi permintaan itu dan menubuhkan pusat data di China. Tesla bulan lalu menyiarkan iklan pekerjaan untuk pelbagai jawatan termasuk pegawai privasi data dan pengurus hubungan luar awal minggu ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img