spot_img
spot_img

Media sosial punca perceraian

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Tiga jenis aduan yang mendominasi pejabat agama daerah setiap tahun mengenai pasangan suami isteri ialah berkaitan masalah akhlak sosial, tidak bertanggungjawab dan masalah komunikasi, menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS, Nik Suhaila Nik Hussin berkata isu berhubung akhlak sosial adalah seperti berbohong, cemburu buta, kedekut, ketagih media sosial, kuat merokok dan poligami.

Nik Suhaila menjelaskan tidak bertanggungjawab pula seperti keluar rumah tanpa izin suami, mementingkan keluarga sendiri, kurang memberi perhatian dan kasih sayang serta tidak menjaga maruah dan penampilan diri.

- Advertisement -

“Isu masalah komunikasi pula adalah pasangan kelihatan nampak terbuka dalam era teknologi tetapi sebenarnya mengalami masalah seperti menggunakan bahasa kasar, banyak bercakap, kurang memuji dan berlainan bahasa.

“Selain itu, tujuh aduan lain yang diterima adalah kurang penghayatan agama, campur tangan pihak ketiga, perbezaan latar belakang, masalah seksual, ekonomi, kerjaya dan kesihatan,” katanya dalam program bual bicara secara langsung di Facebook Media Selangor pada Selasa.

Menurutnya aduan berhubung masalah rumah tangga terus mencatat peningkatan setiap tahun iaitu 11,308 pada 2018, 15,887 (2019) dan 17,801 (2020) dan kebanyakannya hadir ketika masalah sedang kritikal.

- Advertisement -

“Stigma masyarakat kita adalah apabila pergi ke pejabat agama terus dikategori bermasalah sedangkan dalam institusi perkahwinan mempunyai perkhidmatan memberi bantuan,” katanya.

Nik Suhaila turut memaklumkan pasangan berusia 31 hingga 35 tahun adalah golongan paling tinggi mencatat jumlah kes penceraian.

“Secara spesifik, wanita usia 26 hingga 30 tahun yang mencatat penceraian tertinggi, sementara lelaki pula 36 hingga 40 tahun,” katanya.

comments

Terkini

spot_img
spot_img